Menjadi Orang Bermasyarakat
Bismillah, Antara perkara yang dipelajari semasa berpraktikal hampir 6 bulan di Kerteh ini adalah untuk belajar hidup bermasyarakat. Melalui program-program Nisa', usrah Ameerah, aktiviti BAKIP dan juga interaksi dengan staf-staf Carigali sendiri, menjadi pelajar engineering tidak bermakna dengan penggunaan jargon-jargon teknikal dan laras bahasa berkadar tinggi. Segala ilmu yang aku pelajari hanya akan jadi bernilai apabila aku benar-benar faham, lalu dituturkan dengan bahasa yang lebih mudah agar bermanfaat kepada pendengar. Supaya mereka faham dan maklum akan hal yang sebenar, tanpa mengira latar belakang. Ada Apa Dengan Menjadi Orang Masyarakat? HAMKA menyebut akan erti orang bermasyarakat dalam tulisannya Pribadi Hebat yang bunyinya begini : " Dia suka bergaul, suka menolong, tidak menyisih dari masyarakat, tidak memikirkan kepentingan diri sendiri atau keluarganya sahaja, tidak gila pangkat, mengerti kedudukan orang lain dan merasa dirinya ikut dal...