Catatan Suri Membaca Zon Utara #5 (10 Feb 2018)
Alhamdulillah, pertemuan Februari selesai diadakan Sabtu lepas. Tema bulan ini berkisarkan pendidikan dan ilmu. Mungkin agak berat bunyinya tapi sesi book circle ini diakhiri dengan konklusi bahawa semuanya berkait dengan pendidikan. Saudari Farhana berkongsi buku Anak Rantau tulisan A. Fuadi yang mengisahkan Epi seorang budak bandar yang ditinggalkan bapanya di desa agar dapat belajar berdikari . Jiwa muda Epi yang naif pastinya memberont ak kerana perubahan gaya hidup yang ketara juga ketegasan datuknya yang penuh disiplin. Dari situ Epi bertekad untuk mengumpul duit secukupnya agar dia dapat pulang ke bandar semula. Dalam tempoh itu juga Epi belajar tentang kehidupan dan mengenali manusia. Saudari Aelina pula berkongsi buku Bad Science tulisan Ben Goldacre, seorang epidemiologist dan penulis terkenal di UK. Dalam buku ini, Ben mendedahkan ubat-ubatan yang dipasarkan dengan cara memanipulasi orang awam menggunakan 'dodgy claims'. Perbincangan...