Catatan Suri Membaca Zon Utara #5 (10 Feb 2018)


Alhamdulillah, pertemuan Februari selesai diadakan Sabtu lepas. Tema bulan ini berkisarkan pendidikan dan ilmu. Mungkin agak berat bunyinya tapi sesi book circle ini diakhiri dengan konklusi bahawa semuanya berkait dengan pendidikan.



Saudari Farhana berkongsi buku Anak Rantau tulisan A. Fuadi yang mengisahkan Epi seorang budak bandar yang ditinggalkan bapanya di desa agar dapat belajar berdikari . Jiwa muda Epi yang naif pastinya memberontak kerana perubahan gaya hidup yang ketara juga ketegasan datuknya yang penuh disiplin. Dari situ Epi bertekad untuk mengumpul duit secukupnya agar dia dapat pulang ke bandar semula. Dalam tempoh itu juga Epi belajar tentang kehidupan dan mengenali manusia. 



Saudari Aelina pula berkongsi buku Bad Science tulisan Ben Goldacre, seorang epidemiologist dan penulis terkenal di UK. Dalam buku ini, Ben mendedahkan ubat-ubatan yang dipasarkan dengan cara memanipulasi orang awam menggunakan 'dodgy claims'. Perbincangan kami berlarutan kepada isu-isu yang berlaku di Malaysia seperti lambakan supplement di pasaran dengan testimoni yang too good to be true dan jaminan kesan serta-merta. Pastinya ilmu dan pendidikan memainkan peranan untuk mencerahkan masyarakat awam agar tidak mudah percaya atau menjadi korban produk dalam jangka masa panjang.



Saya pula berkongsi buku Menjejak Cinta di Bumi Tuhan tulisan Wardah Abdullah yang saya temui ketika pelancarannya di PBAKL 2014. Tulisan ini bersifat travelog yang mengikuti penulis sepanjang kembaranya menalar makna diri. Saya mengagumi kesungguhan penulis yang mencari experiential learning (belajar dari pengalaman dan hikmah). Learning never stops, wherever we are.



Buku kedua yang saya kongsikan ialah The Book of Character tulisan Syeikh Muhammad Pir Ali Al-Barkawi (Imam Birgivi). Bacaan yang agak berat bagi diri saya dan telah tertangguh agak lama, ala-ala bedtime story sebenarnya 😬. Dalam buku ini, Imam Birgivi mengupas tentang karakter dan etika seorang Muslim, apa sebenarnya yang patut dilakukan dari segi percakapan , tindakan dan pemikiran . Naskhah yang sangat berharga untuk dimiliki , cuma secara peribadi saya percaya buku ini perlu dibaca perlahan-lahan, hayati bait-baitnya dan dimuhasabah (reflect) dengan diri sendiri. Buku yang sesuai akan datang tepat pada waktunya.

Perbincangan kami juga menyentuh beberapa aspek yang dirasakan jarang disebut , seperti peranan pendidikan dalam membina empati terutamanya terhadap golongan OKU dan pembahagian tugas antara gender (shared responsibilities). Sudah pasti, banyak perubahan yang didambakan agar berlaku itu berkait dengan pendidikan, dan pendidikan itu bermula dari nukleus terkecil :rumah.

Suri Membaca #6 pada minggu kedua bulan Mac akan membawakan tema Wanita. Jumpa di sana insyaAllah

Comments

Popular posts from this blog

Rasulullah Sebagai Qudwah Hasanah..

Disebalik Nahas Love Parade..

Vuvuzela Haram???