Assalamualaikum, just a short post. A sharing from FB^^ “Bagaimana mahu mencari lelaki baik seperti itu?” Ketika itu jugalah, ibu cantik tadi mula terlihat serius dan akhirnya berkata, “Lelaki yang baik akan sentiasa menjauhi diri kamu.” Saya diam, dan saya langsung tidak nampak di mana logiknya. “Saya tidak faham. Adakah maksud Puan lelaki baik tidak akan suka kepada saya?” Saya juga mula ikut serius. “Lelaki yang tidak suka kepada kamu akan menjauhi mu, dan lelaki baik yang menyukaimu, juga akan menjauhi diri mu,” jelas ibu muda itu dan membuat saya semakin bingung. “Adakah Puan ini ahli sufi?” telah saya, kerana untuk persoalan sebegitu, biasanya hanya sufi-sufi yang mampu membuatkan manusia terbingung-bingung. Ibu cantik itu ketawa kecil dan berkata, “Saya bukanlah ahli sufi, tetapi itulah hakikatnya, dan biarlah saya terangkan sebabnya.” Saya mengatur duduk saya supaya semakin baik, saya diam dan saya sedia mendengarkan kata-kata ibu itu. “Untuk lelaki yang ...