Selepas Setahun
Kali terakhir saya menukilkan ruangan ini adalah pada Jun tahun lepas, pada PKP 1.0 dan kadar jangkitan COVID-19 di Malaysia kian menurun. Rata-rata masyarakat pada ketika itu masih mempunyai harapan bahawa pandemik ini boleh diharungi bersama-sama. PKP yang pertama itu menyakitkan, tetapi masih ada sinar harapan. Setahun kemudian, sinar itu semakin malap apabila kita sepertinya tersangkut dalam lingkaran PKP yang tidak habis-habis. Zass..setahun habis macam tu ja. Dalam satu perbualan dengan Prof F yang saya kasihi, beliau menyebut tentang perpecahan halatuju unit-unit masyarakat semasa pandemik. Meskipun kebanyakan ahli masyarakat sedaya-upaya mencuba mematuhi SOP untuk mengawal jangkitan penyakit, masih ada kumpulan-kumpulan tertentu (ahli politik, VIP, selebriti, rakyat biasa yang ingin beraya misalannya) serta industri-industri yang menyebabkan usaha kolektif ini gagal. Kerajaan menuding jadi kepada rakyat, dan rakyat menuding jari kepada kerajaan. Dalam keadaan ini, ki...