Thursday, June 17, 2010

Antara FIFA Dan Palestina...

Seperti yg kta semua tahu, sekarang ni musim apaa?????
Musim World Cup Cikgu!
Confirm budak tadika pun ramai yang boleh skor kalau tanya pasal ni..
Rata-rata manusia dari seantero dunia begitu bersemangat menyambut tradisi 4 tahun sekali ni..napa mesti 4 tahun ek?bkan 5 atau 6?
X kira la lelaki atau perempuan~with the exception of myself sbb mmg terang-terang kalau org upah pun xmaw ambik port~semuanya excited macam game Spain VS Switzerland smalam kan2?


Tapi sedarkah kita baru beberapa hari yang lalu 9 saudara kita syahid dibunuh Israel Laknatullah dalam tragedi Mavi Marmara?
Masa tu semua marah x maw2...semua kutuk Israel..Tapi bila sampai musim World Cup ni, semua tumpuan bagaikan terarah kepada bola..ulang skali lagi 
BOLA!
Kemana hilangnya suara-suara yang begitu bersemangat nak menentang Israel?
Takkan mudah sangat tumpuan kita teralih..
Bagai lalang yang meliuk-lintuk ditiup angin, begitu mudahkah untuk kita dialihkan perhatian?
Mungkin kita tak mampu untuk menyumbang tenaga mahupun menjadi sukarelawan ke sana, tapi x mungkin dengan hanya berdiam diri menonton perlawanan bola di kedai mamak dan suku-sakatnya, saudara-saudara kita di Gaza akan terselamat...aite?
At least, do sumthing..
Mungkinkah ini salah satu usaha anasir-anasir Yahudi untuk diverge perhatian kita daripada Gaza?Wallahua'lam
*bukan membenci bola, tapi janganlah fanatik sangat..masih banyak benda yg memrlukan perhatian kita..^^

Monday, June 14, 2010

Cabut Gigi!!!

Sapa x pernah cabut gigi??
Habaq mai sini...Tabik spring kalau ada yang guna gigi susu sampai ke tua..X terbayang I~dush~
kalau macam I pon comey kannn...:D
Alkisah bermula pabila adik saya a.k.a Dik Ya goyang giginya...
Serius nervous tahap , sampai terbawak-bawa dalam mimpi..siap geleng-geleng pala lagi bila orang sebut pasal cabut gigi..
Oleh itu, demi kesejahteraan bersama dan juga aset masa hadapan :p, mama dan saya sendri telah bersepakat ~berkomplot actually~untuk bawak Dik Ya pergi jumpa dentist..
Muka stress tahap...
Sekali K. Ikinnya pon kena jelingan tajam menggoda.. 

Pa tengok2...Ada utang?
Akhirnya, setelah menunggu dengan penuh resah gelisah-gundah-gulana+ati x bapo tenang, terdengarlah kalimah ajaib oleh pembantu doktor gigi
"Ku Nuraliya!!"
Bagaikan halilintar kalimah itu menusuk kalbu...Melangkahlah Dik Ya dengan penuh ketidakrelaan ke dalam bilik rawatan.  Bermulalah 1 episod drama..
Yang tu baru intro, x masuk klimaks lagi tu..
Kedengaranlah jeritan dan tangisan pilu..kalah cerita The Crazier
Nasib baik adik saya x gusti doktor gigi tu..kalau x, maw kena warded seminggu..=.="
Selepas hampir 20 minit, keluarlah adik saya tanpa cacat cela except gigi kurang dua batang sahaja..:D, dengan muka slumbernya nak redeem upah KFC Nuggets~besh sungguh jadi kanak2 zaman sekarang, suma ada upah..kayo2!~
Bila dah sampai di rumah...
Abis segala drama suda^^

p/s:I'm sorry for the last 2 entries 'Pergi' and 'Bila Hati X Bapa Nak Tenang'...Jiwa kacau sikit masa tu..~dush!~

Sunday, June 13, 2010

U Are My Soldier..

You are a soldier
A rising sun
Wait for the heyday
Look far away
And believe in yourself
Your name’s on a shelf
A legend

Buat adik-adik Puteri Islam, thnx sesangat sbb sudi masuk pertandingan kawad kaki ni..
Although to some people, this is just a waste of time..it means a lot to us..It is NOW or NEVER..ily you all...Sebab kalau korang x masuk kali ni, there's no more possibility yg korang akan masuk lagi taun depan...Now I'm thinking of retiring...haha


You are a soldier
The chosen one
Bring back the heyday
Look far away
With respect and decay
Forever we’ll stay
Together

Jangan sedih naaa...Walaupun kita serba kekurangan...
Walaupun kita jaa yg kawad xdak bunyi~sbb xdak kasut kawad~..miahaha
But its OK..We can always improve..No harm in trying..Trust me

Kak Ikin sayang mpa sgt2...don't be devastated..
taun depan ada lagi kayh..

Buat Kadet Polis Wanita SMK Derma, Tahniah!!
Thnx 4 all your guidance..sbb ampa laaa km semangat smpai sini^^

You are a soldier
Light up the night
We are the soldiers
We’ll stand and fight
At the end of the day
Forever we pray
For the legend

Kenangan Hari Belia Negara 2010 Peringkat Negeri Perlis
11-13 Jun
1 Belia, 1 Malaysia!!
*kudos to Mr. Saiful Munir for making dis event a successful one..cayalah^^

Tuesday, June 8, 2010

Masa bergerak pantas...

Omputih kata 'time flies'
Cepat bebeno masa berlalu
Pada 6 Jun 2010, genaplah 16 tahun usia Najihah bt. Roslee!
~daa tua drp aku dah pun~
Happy Sweet 16 Gha!!
aksi burfday gurl di bowling alley^^

Dgn bermurah atinya, GHa gives us a treat..
Dari kiri:Gha, Ikin, Nadia, Sally

Dgn burfday girl^^
pipiku tembam derr>.<"

Ada gaya x?
Asyik melongkang jaaa...T_T


Pegang pundakku, jangan pernah lepaskan
Bila ku mulai lelah… lelah dan tak bersinar
Remas sayapku, jangan pernah lepaskan
Bila ku ingin terbang… terbang meninggalkanmu..

4 tahun berlalu, cepat benar masa memintas..
Laju sungguh detik yang berlari,
Saat yang pergi,
Moga persahabatan ini terus kekal..ikhlas hanya keranaNya^^
Amin..

Tuesday, June 1, 2010

Kisah Wanita Penjual Tempe

Apa saja ketentuan dari Allah SWT ada hikmahnya. Janganlah berputus asa jika doa kita tak dimakbulkannya kerana mungkin ada hikmah di sebalik apa yang telah dikurniakan kepada kita walaupun ianya bukan kehendak kita.

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba-tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi. Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu dia pun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa, "Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin."


Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang itu masih tetap kacang soya. Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi, "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin."

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi?

Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walau bagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa, "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin." Lalu dia pun berangkat.
Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget terkejut seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe.

Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang. Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe , tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya.

Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir,
"Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita, "Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi."
Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe , tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya "Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin."

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?"

Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan.

Moral
 Pertama : Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan
lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua : Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hamba-Nya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan.

Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU, menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan...

“Ketika Allah memberimu, Dia memperlihatkan kepadamu belas kasih-Nya. Ketika Dia menolak memberimu, maka Dia memperlihatkan kepadamu kekuasaan-Nya. Dan dalam semua itu, Dia memperkenalkan diri-Nya kepadamu dan menghadapmu dengan kelembutan-Nya.”

Renung-renungkan!^^



Budak bru abis exam ni dah update blog dya 3 kali hari ni^^











Kejohanan Balapan & Padang 2010!!

Biasalah, tiap2 tahun..mesti ada sukan kan?
Let da pics do da talking^^
Rehearsal pagi Rabu yg hening..
Kak Syiqin yg garang tgh bg command..miahaha

Sedikit publisiti di sini
~sapa2 nak sponsor sunblock kaaa..cream pemutih kulit kaa..sila2 kanlah~

barisah Kadet Polis Wanita yg gagah perkasa;D

KeRaS

Puteri islam on action..hee~

I lap u all^^
Biar perit, biar jerih..kita lalui bersama..
Bkan senang nak coordinate 1 team yg mantap..~dpt no. 3 pon jadilaa~
Semuanya bermula dgn 1 asas, NIAT
biar ikhlas kepadaNya^^

Program Titipan Kasih 2010

Assalamualaikum..
As I promised U before, I'll give ya a sneak peek of the events all along May..
~adeh, penat cakap bahasa Omputih ni~
Beginilah critanya, Ayahanda Z yg tersyg telah mengamanahkan kami ber8 untuk menjadi facie-x-brapa-nak-bertauliah untuk 
Program Titipan Kasih Anak-anak Yatim Parlimen Arau^^
nama shmart tuh..
dan kami berlapan ialah
Sob
Alep
Chilat
Tole
Yana
K. Kierah
K. Miza
n lastly, saya sendri...
now let the pics do the talking^^
Malam 1st, slot ice breaking..
Facie2 dok aim nak p maen bowling..malangnyaa x mendpt kbenaran guru btugas T_T
last2 suma pakat dok muhasabah diri masing2..

interframe2!!


pagi esoknya, senaman pagi..
ramai yg sporting time buat senam seni..
slot yg paling besh masa malam Sabtu
ceramah 'Menggarap Kecemerlangan' by Ustaz Aswady
waaa...semangat bebeno!
slot mlm tu km akhiri dgn sesi makan sate beramai-ramai oleh facie
*tajaan Cgu Wan Shuhaimi*
masyeh cgu!

Berakhirlah sudah 1 event..
Yg pasti kami ikhlas menyemai bakti..
Buat adik2 peserta kem, study elok2 naaa..~tataulaa mpa baca blog ni ke x~

rela berbakti
menyemai budi^^





A Letter to My Deceased Cat

Hi Kunyet, I hope you're doing fine over there. We just found out that you're no more with us this morning. No longer meowing e...