Thursday, July 28, 2011

Dermarian's Smart Camp 2011

"We wanna get all A's in SPM so freaking bad, get all of the dreams we never had"

gitulah cheers group kami, Adrenaline.
On the last last Tuesday, bro-bro & kakak-kakak ex-Dermarian dengan semangat juang yang berkobar-kobar telah kembali ke sekolah kesanyangan mereka..untuk apa?untuk... SMART CAMP 2011!
this is a programme held (pro-bono of course) oleh para senior untuk introduce-kan kami dengan alam universiti di samping memotivasikan diri kami untuk berjaya dalam SPM.
towkey besar - Mr. Aimie Aizad

~bakal doktor ni, kepada sesiapa yg ingin bertemunya sila berkunjung ke Hospital Kangar ye~
Batch SPM 2004 kalau tak silap, bro Aimie telah menuntut di Royal College of Surgeon, Ireland selama 7 tahun

project manager - my kak long!!!!Cik Syazana
Dietetics in UIAM

Suasana ketika 1st slot - Mengenal Potensi Diri

a very good one. Apatah lagi ketika diberi makan "KFC, McD dan Pizza" & pep talk yang sangat bersemangat oleh bro Aimie.  Memang berkobar-kobar semangat kami!
2nd slot sangat menarik, introduction of courses .  
Dalam masa sejam aku sempat ke booth Engineering, Pharmacy, Dietetics & Medic.  
Semuanya mengujakan!  
Sampai sekarang tak boleh decide nak ambil course apa =.="

3rd slot - lebih kurang macam explorace, fun & pada masa sama sangat menguji minda.  

Bro Nabil (bakal akauntan berjaya)

Kepada semua senior, Kak Long, Abg Aimie, Azim, Bro Luthfi, Nabil, Kak Airin, Akmal & ramai lagilah (kalau nak list tak larat), thanks to all of you, we had a great experience that day and please pray for our success in SPM 2011. 
Dermarian Boleh!!

~pictures credit to Azim Omar
~about 109 days left, salam Ramadhan & bersedia untuk gear kuasa 5!

Friday, July 22, 2011

Ilmu Yang Bermanfaat


Syeikh Imam Ghazali menyebut dlm kitab Bidayatul Hidayah terdapat 6 ciri ilmu yang bermanfaat.

1) Ilmu itu menambahkan takut akan dirimu kepada ALLAH

2) Ilmu itu menambah penglihatanmu akan keaiban dirimu

3) Ilmu itu menambah makrifatmu (kekusyukan) dlm beribadah

4) Ilmu itu menambahkan kecintaanmu terhadap akhirat dan mengurangkan kecintaan kepada dunia.

5) Ilmu itu membukakan pintu hatimu untuk mengenali bermacam-macam penyakit amalmu sehingga engkau dapat menjauhinya.

6) Ilmu itu menambahkan penglihatanmu terhadap tipu helah syaitan dan penipuannya sehingga engkau arif dengan kehalusan tipu helahnya ketika dia menyesatkan ulama'



p/s:renung-renungkan dan selamat beramal!
116 hari menuju SPM!!

Thursday, July 21, 2011

NILAM Kebangsaan 2011

Assalamualaikum,

apa khabar semua?
dah siap beli barang untuk raya?
bukan apa, dalam trip semasa NILAM Kebangsaan lepas kami dibawa ke Plaza Shah Alam.  Baju raya tengah sale sekarang.  Agak jakun jugak sebab bulan posa ada dekat setengah bulan lagi (bagi perspektif seorang budak separa dewasa ni, lama lagi tu...)Apapaun, memang terbukti orang-orang kita memang tengah excited nak raya!

letak gambar hepi-hepi dulu..
Anugerah NILAM Kebangsaan 2011 bermula pada 14 Julai bertempat di BTPN Selangor (dulu masa Yr 6 boleh duduk hotel, sekarang tidak lagi...)tapi asrama BTPN Selangor memang kelass.  1 bilik ada 2 katil, 2 meja dan 2 bilik air. I loike!

ni gambar pagi tau. 
Pukul 7 sharp dah terpacak kat lobby untuk trip sekitar Shah Alam

Penilaian untuk Tokoh NILAM tahun ini basically terbahagi kepada 2 bahagian, 
1.  Interview Individu 
yang ni agak mencabar, saya perlu mencabut 1 sampul yang ada kata-kata pemimpin dunia & buat 1 persembahan berdurasi 5 minit untuk memahamkan para juri amende maksud kata - kata hikmat itu sebenarnya (berpeluh dingin jugak bila kena sesi ni, tapi Alhamdulillah quote yang dicabut tidak terlalu complicated, masih boleh di'goreng'..^^)
Kebahagiaan adalah haruman yang tidak boleh kamu semburkan kepada orang lain tanpa kamu sendiri mendapat beberapa titisan daripadanya –Emerson
2.  Interview Berkumpulan
Sesi ni agak tough.  Ada 3 orang setiap group.  Disebabkan aku dok mintak sangat nak giliran yang hujung-hujung, hasilnya aku dapat cabutan yang ke 14 merangkap yang second last.  Amek kaww! 
(sampai interview kena tunda sebab juri nak p solat Jumaat T_T)

aku, syahirah & linnie

Malam tu, selesai semua penilaian kami rehat sokmo dalam bilik.  Tapi tak boleh lama sebab ada slot Persembahan Negeri.  Disebabkan Perlis baru di'inform' pasal benda tu, kami hanay buat persembahan berbalas pantun yang simple saja.  
Team Perak, Terengganu & KL Rocks!


Esoknya kami dibawa round Shah Alam dan Muzium Kesenian Islam.  Lepas lunch pusing Plaza Shah Alam kejap (tapi memang tak beli apa..aku pun tak tau sebab apa) & kami menuju ke Hotel Quality untuk rehearsal  majlis. 
 Bila tiba masa nak umum top 20 yang dapat naik pentas tu the whole dewan jadi sunyi jer.  
Dalam hati aku cuma doa agar tak balik dengan tangan kosong.  
Alhamdulillah, nama aku dipanggil jugak akhirnya....

these are the winners, i got 4th place untuk kategori Menengah Bandar.  
Alhamdulillah


Walaupun Anugerah NILAm tahun ni tak se'grand' tahun-tahun lepas, pengalamannya lebih bermakna.  I got to know Ruben (the Tokoh NILAM, he deserves it), Syahirah, Fitri, Syafiqa, Suga dan raaaaaaammmaaaaiii lagi.
The memories are priceless.  Nyesal tido malam last tu.
Dengar kata ada orang tak tido sampai pagi..^^ 

 dengan Cgu Fatimah, sayaaaaaaang cgu!


p/s : love u all gang NILAM 2011!!

A Letter to My Deceased Cat

Hi Kunyet, I hope you're doing fine over there. We just found out that you're no more with us this morning. No longer meowing e...