Sunday, August 23, 2009

Nur Kasih : Kisah Cinta & Pengorbanan


Just nak share lirik theme song drama Nur Kasih...Sweet sangat..Banyak mengajar kita ttg pengorbanan dan mengingatkan kita supaya sentiasa cuba berubah menjadi lebih baik..Anyway, klu sesape ada link untk fill song dy, tlg gitaw ek..I'm still searching...Hehe:-)
Nur Kasih
Lewat ini ku rasakan

Kasih kian ku dambakan

Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan
Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan
Nur kasih
Nur kasih


Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran
Nur kasih
Nur kasih
Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi
Ooo kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih
Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi
Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasih
Nur kasih

Friday, August 21, 2009

H1N1:What is it about...


As we can see, H1N1 cases is on the rise...This are some informations about the pandemic...


















Prevention is better than cure, so avoid crowded places and wash ur hands frequently...Kat bawah ni ada doa ketika terjadi penyakit menular..Amalkanlah selalu, mudah - mudahan kita dilindungiNya...Amin..

Wednesday, August 19, 2009

Ihya' Ramadhan...



Sempena Ramadhan yang bakal menjelma, marilah kita sama- sama memanfaatkan bulan ini dgn amalan sunat dan wajib..
Kpd semua Form 3 batch 2009...
Teruskan usaha!!!
Semoga Allah mengiringi usaha kita semua....Insya Allah...
Amalan Sepanjang Ramadhan
Dari Abu Hurairah ia berkata, 'Rasulullah memberi khabar gembira kepada para sahabatnya dengan bersabda:

"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkahi. Allah mewajibkan kepadamu puasa di dalamnya; pada bulan ini pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan diikat; juga terdapat dalam bulan ini malam yang lebih baik dari seribu bulan, barangsiapa yang tidak memperoleh kebaikannya, maka ia tidak memperoleh apa - apa
" HR. Ahmad dan an-Nasa`i
Berikut ini adalah amalan-amalan yang dianjurkan di bulan Ramadhan:
1. Puasa: Allah memerintahkan berpuasa di bulan Ramadhan sebagai salah satu rukun Islam.
Firman Allah I:
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa. (QS. Al-Baqarah:183)
Rasulullah bersabda:
"Islam didirikan di atas lima perkara, iaitu bersaksi bahawa tidaklah yang berhak disembah selain Allah dan Muhammad adalah rasul Allah , mendirikan solat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan, dan pergi ke Baitul Haram." Muttafaqun 'alaih.
Puasa di bulan merupakan penghapus dosa-dosa yang terdahulu apabila dilaksanakan dengan ikhlas berdasarkan iman dan hanya mengharapkan pahala dari Allah..
2. Membaca al-Qur`an: Membaca al-Qur`an sangat dianjurkan bagi setiap muslim di setiap waktu dan kesempatan. Rasulullah bersabda:
"Bacalah al-Qur`an, sesungguhnya ia datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat bagi ahlinya (iaitu, orang yang membaca, mempelajari dan mengamalkannya). HR. Muslim.
Dan membaca al-Qur`an lebih dianjurkan lagi pada bulan Ramadhan, kerana pada bulan itulah diturunkan al-Qur`an.
3. Menghidupkan malam-malam bulan Ramadhan dengan solat Terawih berjemaah: Solat Tarawih disyariatkan berdasarkan hadits 'Aisyar radhiyallahu 'anha, ia berkata:
"Sesungguhnya Rasulullah keluar pada waktu tengah malam, lalu beliau solat di masjid, dan solatlah beberapa orang bersama beliau. Di pagi hari, orang-orang memperbincangkannya. Ketika Nabi mengerjakan solat (di malam kedua), banyaklah orang yang solat di belakang beliau. Di pagi hari berikutnya, orang-orang kembali memperbincangkannya. Di malam yang ketiga, jumlah jemaah yang di dalam masjid bertambah banyak, lalu Rasulullah keluar dan melaksanakan solatnya. Pada malam keempat, masjid tidak mampu lagi menampung jemaah, sehingga Rasulullah hanya keluar untuk melaksanakan solat Subuh. Tatkala selesai solat Subuh, beliau menghadap kepada jemaah kaum muslimin, kemudian membaca syahadat dan bersabda,
'Sesungguhnya kedudukan kalian tidaklah samar bagiku, aku merasa khuatir ibadah ini diwajibkan kepada kalian, lalu kalian tidak sanggup melaksanakannya." Rasulullah wafat dan keadaannya tetap seperti ini.
(HR. al-Bukhari dan Muslim).
4. Menghidupkan malam-malam Lailatul Qadar: lailatul qadar adalah malam yang lebih baik daripada seribu bulan yang tidak ada lailatul qadar dan pendapat paling kuat bahawa ia terjadi di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, terlebih lagi pada malam-malam ganjil, iaitu malam 21, 23,25,27, dan 29.
Malam itu adalah pelebur dosa-dosa di masa lalu, Rasulullah bersabda:
"Dan barangsiapa yang beribadah pada malam 'Lailatul qadar' semata-mata kerana iman dan mengharapkan pahala dari Allah , nescaya diampuni dosa-dosanya yang terdahulu." HR. al-Bukhari.
5. Iktikaf di malam-malam 10 terakhir dibulan suci ini: Iktikaf dalam bahasa adalah berdiam diri atau menahan diri pada suatu tempat, tanpa memisahkan diri. Sedang dalam istilah syarie, iktikaf bererti berdiam di masjid untuk beribadah kepada Allah dengan cara tertentu sebagaimana telah diatur oleh syariat.
6. Memperbanyak sedekah: Rasulullah adalah orang yang paling pemurah, dan beliau r lebih pemurah lagi di bulan Ramadhan.
7. Melaksanakan ibadah umrah: salah satu ibadah yang sangat dianjurkan di bulan Ramadhan adalah melaksanakan ibadah umrah dan Rasulullah menjelaskan bahawa nilai pahalanya sama dengan melaksanakan ibadah haji.
Demikianlah beberapa ibadah penting yang sangat dianjurkan untuk dilaksanakan di bulan Ramadhan dan telah dicontohkan oleh Rasulullah . Semoga kita termasuk di antara orang-orang yang mendapat taufik dari Allah untuk mengamalkannya agar kita mendapatkan kebaikan dan keberkahan bulan Ramadhan. Wallahu A'lam

Monday, August 10, 2009

The Tiny Frog


This is a story about a tiny frog who manages to pass his way through distinction....A very inspirational story....

A Letter to My Deceased Cat

Hi Kunyet, I hope you're doing fine over there. We just found out that you're no more with us this morning. No longer meowing e...