Posts

Showing posts with the label Islam

Second Chances

Image
Assalamualaikum, dalam kekalutan pasca harga minyak naik 20 sen ni (ewah), mari kita luangkan masa sejenak untuk review keratan akhbar 3 hari lepas.   Pesalah minta tambah sebatan WARTAWAN SINAR HARIAN ( 30 Ogos 2013) Zainuddin dibawa keluar dari mahkamah selepas dijatuhkan hukuman penjara dan sebatan oleh Mahkamah Sesyen Melaka, semalam. <   1  /  1   > AYER KEROH - Seorang bapa tujuh anak menangis ketika merayu agar hukuman penjara yang dijatuhkan  mahkamah sesyen di sini, semalam dikurangkan, sebaliknya meminta hukuman sebatan ditambah. Tertuduh, Zainuddin Mohamed, 45, dari Semanggol, Perak, dijatuhi hukuman penjara 90 bulan dan 12 sebatan selepas dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan merompak pejabat pos menggunakan senjata tiruan. Hukuman diputuskan Hakim Ahmad Sazali Omar terhadap tertuduh yang melakukan kesalahan itu di Pejabat Pos Cawangan Telok Mas, Taman Seri Telok Mas, kira-kira 12.40 tengah hari pada 22 Februari lalu,...

Merdeka : Realiti Sekarang

Image
Alhamdulillah, hari ni genap tahun ke-56 Malaysia merdeka! Merdeka dari Wikipedia, maksudnya indepence and freedom. Merdeka kita ni dari sudut apa sebenarnya?  Fizikal? Mental? Social? Yup, tak dinafikan dari sudut lahiriahnya kita merdeka.  Tapi dari sudut pemikiran , kita masih terbatas.  Terhad dalam ruang lingkup sendiri. Sistem nilai kita misalnya, masih terbatas dalam stereotype jahiliyah.  From kuliah Ustaz Zamri Mantop last week, sistem nilai Islam menggariskan perbezaan yang jelas antara haq dan batil, benar dan salah.  But due to many factors, there are too many blurred lines right now.  Case study yang diberikan oleh Ustaz, di sebuah sekolah seorang pelajar perempuan didapati hamil luar nikah.  Lalu ibu bapanya dipanggil.  Setibanya di sana, memang parents pelajar tu marah, tapi ayat yang diungkapkannya itu yang best, " Kau ni, dah tau subur kenapa tak pakai kondom??" Lihat, dari pandangan ibu bapanya, pelajar tu bersalah ke...

Umat Yang Kehilangan Jenama

Image
I love this article!by Dr Asri in ILuvIslam.com^^ Sering kali apabila bersolat di al-Masjidil Haram ataupun Masjid Nabi s.a.w, perasaan saya tersentuh, penuh rasa kagum kepada umat ini. Apa tidak, ratusan ribu, bahkan jutaan manusia datang dari pelbagai negara dan bangsa, latar pendidikan dan budaya yang berbeza, tidak mengenali antara satu sama lain namun tetap mampu untuk membentuk saf-saf salat yang penuh teratur. Tidak pernah sama sekali sebelum itu mereka melakukan apa-apa rehearsal membentuk saf untuk jumlah yang demikian besar, melainkan practise solat berjemaah di negara masing-masing. Namun, apabila sahaja iqamah dilaungkan, jutaan manusia pelbagai bangsa, pelbagai latarbudaya, pelbagai gaya, pelbagai negara bangun berdiri mengambil tempat dalam saf-saf solat dengan penuh disiplin. Tiada siapa berhak bertanya apakah awak layak berada di sebelah saya ataupun tidak? Tiada siapa berhak menghalau orang lain keluar dari safnya tanpa sebab yang diizinkan syarak. Tiada saf khas ...

Rasulullah Sebagai Qudwah Hasanah..

Image
Kisah Rasulullah s.w.t sebagai pengajaran 1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya... Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual. 2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. 3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.. ' 4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi.. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya,  'Belum ada sarapan ...

Untukmu Palestin..

Image
Assalamualaikum, it has been almost a week I haven't updated this blog..Sebab preparation nak buat Kem Orientasi Puteri Islam tu laaa... (please read the next post) ..Tapi, penat macam mana pun, kem tu memang gempak! Credit to Sis Nan, Sis Fad, Sis Asilah, Sis Ena, Sis Los a.k.a Amalina, Fatin Naazielah, Syifa, Aqmar, Kak Nani, Kak Fizah, G-Ha, 5ruz, Fiqah n semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.. Back to da story, dalam usaha tgh mencari material untuk slot Muhasabah Diri, terjumpalah satu video ttg Palestin yang amat menyentuh hati - Rise For Palestin and Islam-(boleh search kat Youtube)..sebak sekejap melihat betapa bertuahnya kita dapat hidup di bumi Malaysia yg merdeka ini.. Raihan - Untuk Mu Palestin Berzikirlah dengan nama tuhanmu Bermunajatlah di tengah malam Bertaubatlah padanya penuh rasa hamba Agar doa kita di.. makbulkan Agar Palestina kita genggam semula Agar Palestin bebas di tangan kita Kembali damai disirami air Kebenaran Al-Quran dan sunnah Palesti...

Mengapa Ibadah Sembahyang Tidak Membangunkan Insan

Image
www.iluvislam.com Tiada agenda yang lebih besar daripada agenda mengingati Allah Peringkat-peringkat sembahyang, nilaikan dimana tahap sembahyang kita. Dalam era membaiki diri ini, kita cuba  check  sembahyang kita, nanti akan terjawab kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu. Golongan 1. Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang, mereka telah jatuh kafir. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu. Golongan 2. Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang sahaja. Tidak mempelajari cara-cara untuk solat secara rasmi atau tidak. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan ber...

Facebook, Yahudi dan Status Hukum...Persoalan Yang Terjawab..

Image
www.iluvislam.com Ustaz Zaharuddin Abd Rahman  Soalan Ustaz,  SYUBHAHKAH  menyertai FACEBOOK? ana ada terbaca artikel yang mana pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz? Jawapan Soalan ini terlalu kerap dilontar kepada saya dan begitu banyak pula ditulis oleh pelbagai individu di forum dan blog. Sebelum ini saya sendiri tidak menggunakan facebook walaupun saya telah membuat beberapa kajian serba ringkas dan membaca semua terma perjanjian yang terkandung di web facebook. Namun ramai individu meminta dan mencadangkan saya membuka akaun facebook untuk menyebarluaskan lagi dakwah dan ilmu yang terkandung di dalam website saya. Biasanya, permintaan itu saya abaikan, sehinggalah rakan webmaster zaharuddin.net sendiri mencadangkan kepada saya, lalu saya tolak atas alasan kesibukan. Beliau kemudian mencadangkan dibuka fanpage facebook dan bukannya facebook profile ...