Couple Itu HARAM???
Taken from : www.iluvislam.com Bism illahirrahmanirrahim.. EPISOD 1 "Pehh..cun siot ! " , kata si A sambil membuat bunyi cencurut laut Antartika. " Ni kalo jadi bini aku ni tak kuar umah la aku nampaknye" , kata si B pulak sambil mengenyit-ngenyit matanya yang hanya terbuka setengah sentimeter (cm). "Huiyyo.. (terkesima)" , tak lepas pandangan si C melihat si dia yang terkinja-kinja di tepi jalan. Hampir sahaja cecair yang mengandungi enzim amilase di mulutnya terkeluar daripada tempat tadahan. Beginilah respon kawan-kawan kita apabila melihat perempuan cantik. Pantang lalu depan mata, habis semuanya dipanah oleh mata-mata liar. Mungkin mereka tidak tahu bahawa panahan mata itu akan berbalik pada mereka sendiri akhirnya. Sedih. Kadang-kadang aku sendiri tak kuat untuk istiqomah dalam hal-hal macam ni. Tapi sentiasalah berdoa moga-moga diberi kekuatan oleh Allah S.W.T. supaya kita dapat melawan dan mendidik nafsu yang tak pernah le...