First They Killed My Father: A Cambodian Daughter Remembers
Ketika melawat Toul Sleng genocide museum di Phnom Pehn semasa workshop YSEALI tempohari, jurukamera berbangsa Kemboja yang mengiringi kami mencadangkan filem ini. Filem arahan Angelina Jolie ini merupakan adaptasi dari novel yang mempunyai tajuk sama, tulisan Loung Ung. Sedari mula, filem ini mengambil perspektif Loung yang menjadi saksi kekejaman Khmer Rouge (yang juga dipanggil Angkar) sepanjang tempoh hampir 5 t ahun dari 1975-1979. Loung merupakan seorang kanak-kanak perempuan berusia sekitar 7 tahun, mempunyai 7 adik-beradik dan hidup dalam keluarga yang agak berada disebabkan status bapanya yang berkhidmat sebagai kapten kepada pasukan tentera Lon Nol. Kehidupan Loung dan keluarganya berubah 180 darjah sebaik sahaja rejim Khmer Rouge mengepung Phnom Pehn dan memaksa semua penduduk untuk meninggalkan rumah mereka selama 3 hari. Alasannya Amerika Syarikat akan mengebom Phnom Pehn. Dengan itu, Loung dan keluarganya serta ribuan warga Phnom Pehn yang ...