First They Killed My Father: A Cambodian Daughter Remembers
Ketika melawat Toul Sleng genocide museum di Phnom Pehn semasa workshop YSEALI tempohari, jurukamera berbangsa Kemboja yang mengiringi kami mencadangkan filem ini. Filem arahan Angelina Jolie ini merupakan adaptasi dari novel yang mempunyai tajuk sama, tulisan Loung Ung.
Sedari mula, filem ini mengambil perspektif Loung yang menjadi saksi kekejaman Khmer Rouge (yang juga dipanggil Angkar) sepanjang tempoh hampir 5 tahun dari 1975-1979. Loung merupakan seorang kanak-kanak perempuan berusia sekitar 7 tahun, mempunyai 7 adik-beradik dan hidup dalam keluarga yang agak berada disebabkan status bapanya yang berkhidmat sebagai kapten kepada pasukan tentera Lon Nol.
Kehidupan
Loung dan keluarganya berubah 180 darjah sebaik sahaja rejim Khmer Rouge
mengepung Phnom Pehn dan memaksa semua penduduk untuk meninggalkan
rumah mereka selama 3 hari. Alasannya Amerika Syarikat akan mengebom
Phnom Pehn. Dengan itu, Loung dan keluarganya serta ribuan warga Phnom
Pehn yang lain bergegas menuju kawasan luar bandar. Pada ketika ini,
rakyat yang bekerja sebagai tentera, polis, penjawat awam etc ditangkap,
disiksa dan dibunuh. Disebabkan itu wujud pusat-pusat tahanan dan juga
Killing Field yang menjadi saksi kekejaman rejim Khmer Rouge ini.
Sinematografi filem ini sangat baik, perspektif Loung sebagai seorang kanak-kanak dirakamkan dengan penuh makna. Kita dapat rasakan kekeliruan Loung ketika melihat ayahnya dikasari, adik-beradiknya dipukul kerana mencuri makan hasil tanaman akibat terlalu kelaparan. Loung yang ketakutan sebaik menyedari bahawa periuk api yang ditanamnya ketika menjadi askar kanak-kanak Khmer Rouge kini berada hanya beberapa meter daripadanya dan sudah memakan ramai korban, juga Loung yang kesedihan merindui ayahnya yang berani, ibunya yang periang dan adik-adiknya yang lain, semuanya dibawa dengan sangat baik oleh pelakon cilik Sareum Srey Moch. Persoalan kemanusiaan seperti bagaimana boleh berlaku kekejaman sebegini dan mengapa orang tempatan sendiri yang menjadi pelakunya pasti mengetuk sanubari anda bertalu-talu.
Dari segi international relations, saya juga tertanya-tanya mengapa tiada intervensi dari pihak luar dalam menghalang pembunuhan bersistem ini dan apakah ada gerakan resistance dari kumpulan warganegara Kemboja sendiri?
Cumanya tempohdari tahun 70an hingga hujung 80an, pada ketika ini berlakunya Perang Dingin antara kuasa-kuasa besar. US pula baru sahaja menerima kekalahan di Vietnam. Cambodia pula merupakan sebuah neutral state walaupun turut dibom US semasa penghujung Perang Vietnam.
Filem ini cuba untuk membawa discourse berkenaan kekejaman Khmer Rouge ini ke ruangan massa, satu perkara yang dianggap sebagai taboo oleh warga Kemboja sejak sekian lama. Tragedi ini sememangnya menyakitkan, tetapi pastinya perlu dimuhasabah oleh kita yang masih hidup. Worth your time.
#RekomenFilem

Comments