Wednesday, March 30, 2011

Mereka Yang Tersayang

gambar yang sampai bila-bila akan menggamit perasaan..ecewah!

Assalamualaikum..
Hari ni kami di utara balik sekolah awai (awal) pukul 10, yay!(seronoklah sangat, habih semua kerja tergendala =.=")
bukan balik saja-saja, tapi sebab sekolah DERMA kesayangan ramai telah ditenggelami ayaq (air ye tuan puan)...tapi Alhamdulillah, sejak tengah hari tadi hujan dah pun berhenti, maybe lusa atau Isnin kitaorang boleh kembali mencuci ke sekolah..

gambar kat atas ialah gambar photoshoot geng pengawas untuk batch 2011.  Masa ni semua pakat lari masuk kelas dah, tinggal kami-kami ja tak dak keja..~senior year katakann~

Frankly saying, semua yang ada dalam gambaq ni aku sayang..
ada yg baru kenal
ada yang dah lama rapat, 
ada yang asyik buli aku ja keja ( khas untuk pakcik Tole~ketua hostel boy..hehe), 
ada yg dibuli oleh aku (betulkah?) :P, 
ada yang bila masuk Pengawas baru rapat, 
ada yg pi sekolah sains lari balik sebab syg DERMA ~yg ni kena confirm lain dgn Anas..fakta atau auta=)
ada yg kemungkinan bakal MB Perlis (yg tu bopan)
ada yg sampai sekarang kalau aku tension mesti cari dia, walaupun aku tak pasti dia rela atau tak...kan erin?..hihi
ada yg berbakat menjadi Gabenor Bank Negara ganti Zety Akhtar Aziz, sebab tiap-tiap bulan bab duit memang sampai ke lubang cacing dia cari, memang kaw-kaw punya...ngeee~

sememangnya yang ada dalam gambar diatas, semuanya berbeza..tapi kami sekepala dan aku sayang hampa semua^^
InsyaAllah, semoga nama kita semua terpahat untuk pecah rekod DERMA bagi 
SPM 2011!!Ganbatte!

Friday, March 4, 2011

Hidupku Sebagai Budak Form 5

Assalamualaikum =)
Akhirnya setelah berhempas-pulas tak tido malam nak cover study, berakhirlah sudah 1 minggu PK1 (Penilaian Kurikulum 1)..baru aku taw macam mana rasa jadi form five..=.="
Alhamdulillah, berjaya juga aku tempuhi first 3 month dalam senior year..aiceh
baru taw macam mana perasaan bro-bro dan kakak-kakak masa masih junior + innocent + blur dulu..
Tak payah buat research lagi dah, memang terbukti taun form 5 lagi pegii compared tu Form 3 zaman kanak-kanak ribena dulu..memang sangat perggh
Kelmarin baru abis paper biology..paper yang digosipkan tiada perikemanusiaan langsungT_T..  Math & Sejarah today feels better ^^


Aku suka bio tapi tolonglaaa...soalan kelmarin terlalu ekstrim..fobia3!
~next time kena prepare lagi awal, ganbatte!
Well, next week batch kami akan berhadapan dengan 3 killer utama; 
En. Physics, 
En. Addmath & 
Mr. Chemistry.
however Alhamdulillah, masuk form 5 ni baru dapat overview yang betul macam mana nak jawab SPM..kalau tak confem jawapan ke lautt..bhaha
Sepertimana taun-taun yang lepas, hidup kami akan dipenuhi oleh program-program yang padat dan progresif hinggakan nak tido pun kena fikir 2-3 kali..mari kita lihat
Isnin : kelas tambahan 
Selasa : kelas tambahan
Rabu : Kokurikulum badan beruniform
Khamis : 1 Murid 1 Sukan
Jumaat : Kokurikulum Kelab/Sukan Permainan
Lihat!betapa progresifnya SMK Derma.  Sayang sampai sekarang tak dapat-dapat SBT..
just hoping that  i can see my school get this title just before i end my school year..
Hidup Dermarian!!
Melihatkan hari-hari yang penuh terisi, memanglah penat badan..tapi memikirkan pengorbanan ini dibuat untuk kebaikan diri sendiri, ibu bapa dan sekolah sendiri, lebih baik ikhlaskan hati buat kan?
motivation!
So, for these coming days i hope i'll be given more strength and  patience..there's a loooooonggg way to go and i'm going to break a leg in my pursuit of happiness and success..InsyaAllah

p/s: tak sabar menanti 23 Mac,
 rekod siapa yang bakal dipecahkan??
all the best seniors!

A Letter to My Deceased Cat

Hi Kunyet, I hope you're doing fine over there. We just found out that you're no more with us this morning. No longer meowing e...