Umat Yang Kehilangan Jenama
I love this article!by Dr Asri in ILuvIslam.com^^ Sering kali apabila bersolat di al-Masjidil Haram ataupun Masjid Nabi s.a.w, perasaan saya tersentuh, penuh rasa kagum kepada umat ini. Apa tidak, ratusan ribu, bahkan jutaan manusia datang dari pelbagai negara dan bangsa, latar pendidikan dan budaya yang berbeza, tidak mengenali antara satu sama lain namun tetap mampu untuk membentuk saf-saf salat yang penuh teratur. Tidak pernah sama sekali sebelum itu mereka melakukan apa-apa rehearsal membentuk saf untuk jumlah yang demikian besar, melainkan practise solat berjemaah di negara masing-masing. Namun, apabila sahaja iqamah dilaungkan, jutaan manusia pelbagai bangsa, pelbagai latarbudaya, pelbagai gaya, pelbagai negara bangun berdiri mengambil tempat dalam saf-saf solat dengan penuh disiplin. Tiada siapa berhak bertanya apakah awak layak berada di sebelah saya ataupun tidak? Tiada siapa berhak menghalau orang lain keluar dari safnya tanpa sebab yang diizinkan syarak. Tiada saf khas ...