Thursday, August 19, 2010

Engkau Laksana Bulan...

Salam 10 Ramadhan!
Pejam celik-pejam celik, dah masuk malam yang kesepuluh bulan yg penuh berkat ni..~jangan pejam x celik-celik dahla ye~
Cepat sungguh masa berlalu..sedar x sedar nanti dah sampai penghujung bulan 8..nak sambut merdeka buat kesekian kalinya..pastu sedar x sedar lagi dah sampai penghujung Ramadhan...pastu..~dah-dah cik syiqin merapu, back to topic~
Sapa pernah baca novel ni???
Ikhlasnya, saya x minat sangat novel-novel cintan ni..Sampai Ramlee Awang Murshid je yang boleh layan..Yang lain tu, macam xda chemistry jaaa.=.="
Entah mengapa, novel Engkau Laksana Bulan ni berjaya mengubah persepsiku.
Kisahnya simple, sweet dan endingnya logik ~sangat fed-up dengan kes happy ending x logik..grr
Buat sesiapa yg masih belum membaca, ni sinopsisnya..

*****************
Kau Laksana Bulan akan membawa anda bersama-sama Adrianna mengembara ke dunia karya dan alam cintanya!
Dunia penulisan yang diterokai, merenyahkan perjalanan hidupnya. Terlalu banyak 'kejadian' yang membebankan semangat untuk teruskan kerjaya.
Pun begitu, dunia percintaannya tidak mudah seperti diharapkan. Ibunya mahu melihat Adrianna berkahwin cepat, namun harapan dan impian tidak pernah terjadi sepertimana yang direncanakan. Walaupun sudah ada kriteria yang disusun rapi dalam hal memilih calon, malang baginya kerana sering terperangkap dalam bayangan yang dicipta.

Syafik merupakan cinta pertama, namun terputus buat seketika. Kini lelaki itu kembali mengetuk pintu hatinya. Sementara Razif pula, cinta kedua yang meninggalkan kesan perit dan sakit hinggakan hidupnya terumbang-ambing, kecewa, seterusnya menutup ruang-ruang di hati untuk bercinta lagi. Firas, pemuda yang berbeza karakter daripada kriteria yang ada. Dalam begitu, lelaki itu mampu mengganggu konsentrasinya. Akhir sekali, masih ada Eizlan yang muncul secara misteri, dan mula menghantui hidupnya!
"Kau laksana bulan yang menyinari hidupku... dan akulah punggukmu yang sanggup menanti sang bulan tersenyum di langit"
Sekarang tengah ditayangkan drama Kau Laksana Bulan di TV2..Setiap Isnin 8.30 malam.
Watak utamanya dibawa Ayu Raudhah(Adrianna), Zul Huzaimy (Firas), Ashraf Muslim (Razif), Fizo(Syafik) dan Gambit Saifullah (Eizlan)..
Dah nak habis dah cita ni, tapi serius sangat best sebab gandingan Ayu Raudhah  & Zul Huzaimy memang SWEET!!!
Hensem dak si Firas ni???

Memang Zul Huzaimy berjaya membawa watak Firas yg x kontrol macho dan cool..Sangat slumber!

**********************
Sebenarnya, exam week baru berlalu di Derma...Dari paper Physics yang rasa macam nak nangis hinggalah paper PJK yang boleh jawab sambil gelak-gelak, semuanya sudah bernoktah tadi!
Jadi, sememangnya saya tengah happy sekarang^^
Selamat Berpuasa!




A Letter to My Deceased Cat

Hi Kunyet, I hope you're doing fine over there. We just found out that you're no more with us this morning. No longer meowing e...