Thursday, July 21, 2011

NILAM Kebangsaan 2011

Assalamualaikum,

apa khabar semua?
dah siap beli barang untuk raya?
bukan apa, dalam trip semasa NILAM Kebangsaan lepas kami dibawa ke Plaza Shah Alam.  Baju raya tengah sale sekarang.  Agak jakun jugak sebab bulan posa ada dekat setengah bulan lagi (bagi perspektif seorang budak separa dewasa ni, lama lagi tu...)Apapaun, memang terbukti orang-orang kita memang tengah excited nak raya!

letak gambar hepi-hepi dulu..
Anugerah NILAM Kebangsaan 2011 bermula pada 14 Julai bertempat di BTPN Selangor (dulu masa Yr 6 boleh duduk hotel, sekarang tidak lagi...)tapi asrama BTPN Selangor memang kelass.  1 bilik ada 2 katil, 2 meja dan 2 bilik air. I loike!

ni gambar pagi tau. 
Pukul 7 sharp dah terpacak kat lobby untuk trip sekitar Shah Alam

Penilaian untuk Tokoh NILAM tahun ini basically terbahagi kepada 2 bahagian, 
1.  Interview Individu 
yang ni agak mencabar, saya perlu mencabut 1 sampul yang ada kata-kata pemimpin dunia & buat 1 persembahan berdurasi 5 minit untuk memahamkan para juri amende maksud kata - kata hikmat itu sebenarnya (berpeluh dingin jugak bila kena sesi ni, tapi Alhamdulillah quote yang dicabut tidak terlalu complicated, masih boleh di'goreng'..^^)
Kebahagiaan adalah haruman yang tidak boleh kamu semburkan kepada orang lain tanpa kamu sendiri mendapat beberapa titisan daripadanya –Emerson
2.  Interview Berkumpulan
Sesi ni agak tough.  Ada 3 orang setiap group.  Disebabkan aku dok mintak sangat nak giliran yang hujung-hujung, hasilnya aku dapat cabutan yang ke 14 merangkap yang second last.  Amek kaww! 
(sampai interview kena tunda sebab juri nak p solat Jumaat T_T)

aku, syahirah & linnie

Malam tu, selesai semua penilaian kami rehat sokmo dalam bilik.  Tapi tak boleh lama sebab ada slot Persembahan Negeri.  Disebabkan Perlis baru di'inform' pasal benda tu, kami hanay buat persembahan berbalas pantun yang simple saja.  
Team Perak, Terengganu & KL Rocks!


Esoknya kami dibawa round Shah Alam dan Muzium Kesenian Islam.  Lepas lunch pusing Plaza Shah Alam kejap (tapi memang tak beli apa..aku pun tak tau sebab apa) & kami menuju ke Hotel Quality untuk rehearsal  majlis. 
 Bila tiba masa nak umum top 20 yang dapat naik pentas tu the whole dewan jadi sunyi jer.  
Dalam hati aku cuma doa agar tak balik dengan tangan kosong.  
Alhamdulillah, nama aku dipanggil jugak akhirnya....

these are the winners, i got 4th place untuk kategori Menengah Bandar.  
Alhamdulillah


Walaupun Anugerah NILAm tahun ni tak se'grand' tahun-tahun lepas, pengalamannya lebih bermakna.  I got to know Ruben (the Tokoh NILAM, he deserves it), Syahirah, Fitri, Syafiqa, Suga dan raaaaaaammmaaaaiii lagi.
The memories are priceless.  Nyesal tido malam last tu.
Dengar kata ada orang tak tido sampai pagi..^^ 

 dengan Cgu Fatimah, sayaaaaaaang cgu!


p/s : love u all gang NILAM 2011!!

1 comment:

Frutti Trutti said...

Hihi saya tokoh nilam terengganu (sk rendah bandar) betul la diorang tak tidur smpai pagi. haha saya pon same! best gile borak borak :)

A Letter to My Deceased Cat

Hi Kunyet, I hope you're doing fine over there. We just found out that you're no more with us this morning. No longer meowing e...