Selepas Setahun

 Kali terakhir saya menukilkan ruangan ini adalah pada Jun tahun lepas, pada PKP 1.0 dan kadar jangkitan COVID-19 di Malaysia kian menurun. Rata-rata masyarakat pada ketika itu masih mempunyai harapan bahawa pandemik ini boleh diharungi bersama-sama. PKP yang pertama itu menyakitkan, tetapi masih ada sinar harapan. 


Setahun kemudian, sinar itu semakin malap apabila kita sepertinya tersangkut dalam lingkaran PKP yang tidak habis-habis.


Zass..setahun habis macam tu ja.


Dalam satu perbualan dengan Prof F yang saya kasihi, beliau menyebut tentang perpecahan halatuju unit-unit masyarakat semasa pandemik. Meskipun kebanyakan ahli masyarakat sedaya-upaya mencuba mematuhi SOP untuk mengawal jangkitan penyakit, masih ada kumpulan-kumpulan tertentu (ahli politik, VIP, selebriti, rakyat biasa yang ingin beraya misalannya) serta industri-industri yang menyebabkan usaha kolektif ini gagal. Kerajaan menuding jadi kepada rakyat, dan rakyat menuding jari kepada kerajaan. Dalam keadaan ini, kita tidak mampu untuk terus berada dalam suasana pandemik, tetapi sepertinya usaha kita sedang menemui jalan buntu. 


Jika pandemik ini berpanjangan, kesannya adalah pada pelbagai lapisan masyarakat yang terjejas. Pada ribuan keluarga yang ditinggalkan oleh insan tersayang, pada pelajar sekolah yang ketinggalan pelajaran, pada frontliner perubatan dan ahli keluarga mereka yang tertekan, dan ramai lagi. Kita tidak dapat quantify kesan pandemik pada kesejahteraan manusia, ia lebih besar daripada kesan pandemik terhadap ekonomi.


Situasi sukar yang penuh ketidaktentuan ini menyebabkan harapan kita kian menyusut dari hari ke hari. Namun saya yakin bahawa masih ramai insan-insan yang inginkan perubahan dan akan terus berusaha untuk memberi kebaikan kepada insan terdekat, dalam apa cara sekalipun.

Comments

Popular posts from this blog

Rasulullah Sebagai Qudwah Hasanah..

Disebalik Nahas Love Parade..

Vuvuzela Haram???