Tuesday, March 22, 2016

Bicara Tentang Semangat Kepemudaan

Pembuka kata dari HAMKA dalam tulisannya Pribadi Hebat

Membaca buku HAMKA, dan beberapa tokoh lain misalannya, sangat menyentuh tentang pentingnya menggunakan masa muda sebaiknya. Seperti Sultan Mehmet Al-Fatih yang berjaya membuka Constantinople pada usia 21 tahun, pada usia 22 tahun kota apa yang bakal aku buka? Itu satu soalan yang selalu terbit dan terngiang-ngiang dalam minda. 

Hero dari Zaman Silam

Rasulullah s.a.w pada masa mudanya sudah merantau ke ceruk negara, ketika usia Baginda 25 tahun sudah 18 kali menjejak negara luar sehingga ke Yaman, Syria, Basrah dan Bahrain.

Kisah Ashabul Kahfi dan Ashabul Ukhdud (rujuk Surah Al-Buruj ayat 4-8) , juga berkisar tentang pemuda-pemuda yang cuba mempertahankan keimanan mereka, lalu diuji dengan cubaan yang berbagai-bagai.

Mereka dari zaman masing-masing, kita pula bagaimana? Dalam suasana yang rencam, ditekan dengan cabaran ekonomi, sosial dan akhlak yang membingungkan, siapakah pemuda yang bakal bangun untuk mempertahankan Ummah ini?


Sejenak bersama Surah Al-'Asr

Di dalam bukunya Rahsia Kejayaan Para Ulama, Syeikh Dr. Solah Abdul Fattah Al-Khalidi memulakan dengan penjelasan dari ayat-ayat Surah Al-'Asr. 

”Demi masa. 
Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. 
Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal sholih dan saling menasihati supaya menaati kebenaran dan saling menasihati supaya menetapi kesabaran” 
(QS. Al ‘Ashr).

Asas bagi maksud Al-'Asr (di dalam bahasa Arab) adalah 'menekan sesuatu sehingga mendapatkan perahan' , seperti menekannya untuk mengeluarkan air daripada baju.

Sekiranya memerah sesuatu bermaksud menekan ke atasnya untuk mengeluarkan apa yang ada di dalam, maka masa dan umur manusia adalah perahan.


"Dan kami telah menurunkan daripada awan, air (hujan) yang mencurah-curah." 
(QS Al-Naba':14)


Oleh itu, wajib bagi manusia untuk memerah masa dan umur dengan sebenar-benarnya dan menekannya dengan bersungguh-sungguh supaya mereka dapat mengambil faedah yang baik daripadanya dan membawa keluar manfaat dan faedah daripada masa dan umur.

Umur seseorang adalah perahan yang khusus untuknya.  Wajib baginya untuk memerahnya, menghabiskannya serta menghidupkannya dengan sebaik mungkin.

Mutiara dari Syeikh Dr. Solah ini cukup tuntas untuk menerangkan betapa pentingnya kita mengusahakan agar usia muda ini digunakan sebaiknya. People may say that life starts at 40, but even Rasulullah had a long tarbiyah process from Allah, 40 years before the revelation.

Kenapa Masa Muda?

Masa muda ini kita sihat dan bertenaga, walau mungkin kurang wang, tapi banyak pengalaman yang boleh kita cari, alami dan hargai.   Kitalah yang patut menjuarai isu-isu masyarakat, mendalami kesan ketidakstabilan ekonomi , mengenalpasti apa kurangnya sistem pendidikan kini, juga untung nasib saudara manusia di segenap pelusuk dunia.  Kita jugalah yang perlu mengetahui nasib rakyat marhaen yang tertindas, bukan hanya bercita-cita menjawat jawatan eksekutif, lalu hanya gusar tentang untung nasib sendiri. 

Ya, keadaan sekarang menggusarkan semua. Aku sendiri juga. Tapi harga ilmu yang ditimba di universiti itu dibayar dengan titik peluh nelayan yang berpanas, pekerja-pekerja industri yang bergadai nyawa, guru-guru yang tidak pernah mengenal lelah juga rata-rata rakyat sekaliannya.  We owe this society, and we need them as much as they need us.  

Bukan Sekadar Himmah Semata

Tapi ingat, pergerakan kita ini bukan tertegak atas semangat semata.  Himmah yang kadang-kala menggunung, kadang-kala kendur itu tidak cukup untuk menjamin konsistensi dan keistiqamahan (survivality) kita.  Penuhilah majlis-majlis dan wacana ilmu, tidak kira berkenaan agama atau isu semasa, biar kita orang muda yang memenuhinya!  Semoga dengan kefahaman itu dapat disusuli dengan amal dan tindakan.

Teruskan bergerak wahai anak muda.  Aku sendiri tidak pasti tentang masa depanku, tapi kita masih boleh bermimpi yang indah-indah, agar harapan dan azam itu terus bergerak.  Semoga kita menjadi pemuda Islam yang dijanjikan itu, InsyaAllah.

Siiru ala barakatillah

No comments:

A Letter to My Deceased Cat

Hi Kunyet, I hope you're doing fine over there. We just found out that you're no more with us this morning. No longer meowing e...