Thursday, September 17, 2015

7 Pesanan Untuk Adik-adik UTP

Alhamdulillah, seharian bumi Perlis diturunkan hujan yang sangat lebat.  Ibarat menangisi ujian yang menimpa tanah air ini. 
Bumi Malaysia sedang diuji sekarang, 
dengan jerebu, 
dengan tragedi di Mekah,
dengan jatuhnya nilai Ringgit, 
dengan pemimpinnya 
dan dengan diri kita sendiri.

Saya sekarang berada di penghujungan cuti semester sebelum melangkah ke alam praktikal di Kerteh. Ini bermakna hanya tinggal sekitar 25% lagi Ijazah Kejuruteraan Kimia yang perlu disempurnakan menjelang Mei 2016 ketika pulang ke kampus. 

Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (QS : Al-Asr)

Sememangnya manusia selalu bersumpah dengan masa, dan ironinya, selalu terlupa. Sedangkan hayat itu singkat dan ilmu Allah itu luas. Mungkin secara sedar ataupun tidak, kita sudah kesuntukan masa untuk menunaikan tanggungjawab dunia dan panggilan Tuhan. Ke mana masa itu pergi?

Ada beberapa pesanan yang ingin saya titipkan buat adik-adik di kampus: 

1) Banyakkan membaca
Membaca itu bukan sekadar Malaysiakini atau RakyatPost, bukan juga sekadar buku-buku haraki, juga bukan hanya buku-buku indie. Sebagai daie, anda patut memiliki bahan bacaan yang pelbagai merangkumi aspek-aspek yang berkaitan dengan pengajian, isu semasa, politik, agama, ekonomi dan lain-lain. Luaskan pembacaan, anda akan nampak luasnya Islam :)



6 aspek ilmu yang perlu ada pada setiap daie berdasarkan tulisan Syeikh Yusul Al-Qaradawi dalam bukunya Thaqafah Ad-Dai'yah :
Ilmu-ilmu Islam : Al-Quran, al-Sunnah, Fiqh, Usul Fiqh, Tasawwuf dan sistem- sistem Islam.
- Ilmu Sejarah
- Ilmu Kemanusiaan: Psikologi, Sosiologi, Ekonomi, Falsafah, Etika dan Sejarah 
- Ilmu Kesusasteraan dan Bahasa
- Ilmu Sains
- Ilmu Kajian Semasa (Current Affairs)

Ini bukan bermakna anda perlu mengambil 6 degree, tetapi untuk mempunyai pengetahuan asas dari kesemua bidang di atas akan sangat membantu. Well, knowing something about everything makes our life richer , just like the English idiom , 'jack of all trades, master of none'.

2) Amalkan tabayyun


Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Al- Hujurat : 6)

Elakkan menyebar berita yang belum tentu kesahihannya. Sekiranya insan yang disabitkan dengan tuduhan itu berdekatan, seek for clarification. Paling kurang, sebagai seorang Muslim, berikanlah dia benefit of the doubt selagi kesalahan itu belum dibuktikan.  

3) Berlaku adil dengan ilmu



Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kalimah yang mempunyai hikmah adalah sesuatu yang hilang daripada orang yang bijaksana[1], di mana sahaja dia mendapatinya maka dialah yang lebih berhak dengannya”.[2]

You are here for a reason. Tugas kita di bumi UTP adalah untuk menuntut ilmu kejuruteraan, satu tanggungjawab fardhu kifayah buat masyarakat yang kita sedang cuba galas. Dan pensyarah-pensyarah itu merupakan orang yang faqih dalam bidang ini, maka wajib untuk kita belajar dengannya, sekalipun dia bukan Muslim. Habiskan degree ini dan cuba pergi lebih jauh. Banyak lagi kelompongan masyarakat yang perlu kita isi dan perbaiki.

Kebijaksanaan (wisdom) bukanlah mudah untuk didapati di zaman internet ini. Ajar diri untuk sentiasa berfikir untuk Ummah. Think big! Jadikan usrah itu medan perbincangan yang matang, agar kita sentiasa sedia mendepani arus semasa. Tidak salah untuk bertanya dan tidak salah untuk menjadi orang yang kritis :)

A well-reasoned mind will be an asset for Ummah, have a good and stable worldview. So that by seeing by those two big glistening eyes, you will see hope and faith in what we are doing. 

4) Cari potensi diri
Personality test helps, although not 100 % correct. 
Banyakkan diskusi dengan orang yang lebih matang dan berbeza latar belakang, anda akan mempunyai perspektif yang lebih luas.



Beberapa link personality test yang selalu digunakan :
4 -Temperaments Test : http://www.gotoquiz.com/personality_plus_1
Myer-Briggs : http://www.16personalities.com/free-personality-test

Secara tidak langsung, anda belajar mengenali diri sendiri dan juga mad'u!

5) Banyakkan tadabbur (contemplation & reflection)
Sebagai seorang choleric-melancholic, saya mempunyai peruntukan masa untuk diri sendiri (me-time). Cuba fahami dan dengari bahasa alam, Tuhan sedang berbicara dengan kita :)



6) Explore
Banyakkan bertanya dalam majlis ilmu (termasuklah dalam kelas). Go to extra length in seeking knowledge. Adakalanya, adjunct lecture yang kita hadir tanpa rela itu akan membantu suatu hari nanti (opps). 
Sekiranya ada peluang mengembara ke luar negara, go for it! Kita akan lebih menghargai nikmat Islam dan tanah air setelah menjelajah dunia luar. 



Kepada adik-adik muslimat, I'd really appreciate if you could speak up more and give more opinion. I know that you have something to say, but due to certain circumstances, you didn't. Well, there are fields that we could've mastered more than men :)

7) Bina networking
Luaskan pengaruh dan kenalan dari berbagai latar belakang. Dari situ kita akan kutip ilmu-ilmu baru dan pendapat yang lebih refreshing. Di situ juga kita akan belajar untuk membuka minda dan membina jiwa besar. Orang berjuang ini perlu berjiwa besar, tahu?

Saya rasa 7 highlighted points ini penting untuk adik- adik ambilkira dalam kehidupan di kampus. Banyak lagi perkara lain yang masih juga penting, tapi tidak ditulis di sini. 


Kita ini diibaratkan bahan mentah yang melalui suatu proses, ada 'catalyst'nya , ada 'reactant' dan 'byproduct'. Perjalanan membuat degree itu suatu proses, lapisan-lapisan program tarbiyah itu juga satu proses. Jadikan cita-cita anda untuk menjadi orang yang berguna untuk Islam dan masyarakat, lengkap dengan karakter 10 muwasafat tarbiyyah. Ilmu-ilmu yang kita pelajari berserta pengalaman yang dikutip merupakan 'catalyst' untuk kita. Boleh rujuk artikel ini untuk lebih faham. 


Doakan kami semua, bakal trainee. Semoga adik-adik dapat mengambil manfaat dari 7 pesanan ini. Sekiranya berminat untuk diskusi, boleh halakan ke komen di bawah. Teruskan bergerak dan belajar dari kesilapan. Zaman muda ini zaman keemasan buat kita semua,jangan sia-siakan. Our route is still long, keep moving on! 

Siiru ala barakatillah

1 comment:

Anonymous said...

Xdak pon pasal Smart Group. Haha :p

A Letter to My Deceased Cat

Hi Kunyet, I hope you're doing fine over there. We just found out that you're no more with us this morning. No longer meowing e...