Monday, October 28, 2013

Siapa Yang Buta Sebenarnya?

Stumbled upon this sketch yesterday. Yup, undeniably a bit racist, but it somehow triggers my currently-in-holiday-mood brain.
Mungkin ada benarnya, apa yang dilukis. Tapi mungkin pelukis itu lupa untuk menambah di bahagian sebelah kanan :

                                                                Ponteng sekolah
Buang anak
Seks luar nikah
Buat video couple entah apa-apa
Hisap dadah
Hidu gam
Judi, makan pil kuda
Merogol atau dirogol
and the list goes on..

Saya assume pelukis itu lupa sebab banyak sangat, ataupun tak cukup space..haha

Berbalik kepada topik asal, sebenarnya memang tak perlu dinafikan keruntuhan akhlak anak-anak Melayu Islam sekarang.  Tak perlu nak berbalah, kita masuk Islam bukan sebab Melayu, tetapi sebab hidayah yang diberikan oleh Allah.  Bukak mata luas sikit, ramai je orang Melayu yang murtad dan convert kepada agama lain. Nauzubillah.. (kalau nak statistik, sila Google :)

“Sesungguhnya orang yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa.” (Al-Hujurat : 13)


Pernah tak timbul persoalan di hati kalian, mengapa gejala-gejala sosial pelakunya orang Melayu?

Mengapa konsert-konsert tak kira Ambang Merdeka atau Tahun Baru, majoritinya dibanjiri orang Melayu?

Mengapa setiap kali rondaan pengawai pencegah maksiat semasa Valentine's Day, yang dicekup itu ramainya Melayu?

Jawapannya mudah, bila Islam itu makin luput dihati seseorang, kesannya dapat dilihat daripada perilakunya.  Tidak kira apa kaum sekalipun, bila hidayah makin luput, makin hilang, you can really see the outcome. Tidak kiralah apa kaum sekalipun, apa bangsa sekalipun, jika kita Islam, kita semua sama sahaja di hadapan Allah nanti.  Yang akan membawa kita ke pintu syurga adalah taqwa, nothing else matters.

Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.
(Al-Hajj:46)

Siapa yang buta sebenarnya?

Agak terkilan melihat generasi muda sekarang. Dimana tahap intelektual mereka?

Adakah makin jauh atau makin dekat dari Islam?

Paling sedih, bagaimana masa depan mereka?

Ini peta hidup kita, kejap je nak ada di dunia ni, ibarat RnR. Still a long way to go


Persoalan itu boleh dijawab dengan memerhati apa bahan bacaan mereka. Kalau setakat membaca gosip majalah Mango dan Metroll tiap-tiap hari, bukankah makin kelam minda mereka?

Kalau Justin Bieber dan K-Pop yang menjadi idola, bila masanya mereka nak belajar tentang Islam?

Kalau ulama' dan asatizah pun mereka tak kenal, siapa yang akan membimbing mereka sebenarnya? Jong Kook? Psy? Metallica?

Benarlah apa yang Dr.Zulkifli Al-Bakri sebutkan beberapa hari lepas :
'Ibu bapa zaman sekarang, ramai yang menternak anak, tetapi amat sedikit yang mentarbiyah (mendidik) anak"



A great challenge for us youngsters. Demi masa depan yang mendatang, para mahasiswa khususnya, perlu lebih banyak membaca. Kuasa iqra' itu sangat crucial, luaskan pandangan, jernihkan fikiran. Fikir dan zikir(ingat Allah) perlu berjalan seiring. The destiny of our nation, lies in our hands :)

Usah membanding-bandingkan apa yang bangsa lain buat, andai kita sendiri tak mahu berubah, it'll just be a waste of time. Jadikan Islam panduan hidup kita, InsyaAllah. Mari kejar syurga sama-sama!Aiwah!


p/s: mari berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran :)

No comments:

A Letter to My Deceased Cat

Hi Kunyet, I hope you're doing fine over there. We just found out that you're no more with us this morning. No longer meowing e...