Saturday, August 31, 2013

We Are The Travellers

This life is a journey, and we are the travellers.  
Our destination is Jannah
Our pit-stop is the Earth, where all our deeds will be counted.  Like stopping by a RnR to get your supplies, so that you can continue your journey.  That's it.


We got a long way to go^^

Pernah baca puisi The Road Not Taken oleh Robert Frost? Antara baitnya begini :

Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both,
And be one traveler, long I stood,
And looked down one as far as I could,
To where it bent in the undergrowth

Two roads diverged in a wood, 
and I—I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.

Ringkasnya, kembara ini berkisar tentang pilihan.  Salah pilih, kita yang merana.  Lain jalan, lain kesudahannya.  Sama seperti hidup ini, you choose the path of your life.  Tak kira seorang siswi di Universiti Teknologi Petronas, penanam teh di Ceylon mahupun Imam Masjidil Haram di Mekah, misinya tetap sama - mencari redha Allah.  Aite?





Mengulas juga tentang kembara.  Islam mengajar kita untuk menilai sesuatu perkara dari segi kualitatif, bukannya kuantitatif.  Contohnya, seseorang itu gemar mengembara.  Jelajahnya melangkau ceruk benua.  Malangnya tiada input yang didapati dari kembara tersebut.  Yang ada cuma timbunan souvenir luar negara.  Tak ke rugi namanya?
What matters is what we get.  Bukan sekadar sight-seeing kosong.  It'll be better andai setiap trip/setiap event yang kita sertai itu, ada input yang boleh kita sumbangkan balik kepada Islam, masyarakat & diri ^^
Alangkah baiknya andai kembara yang dilalui itu menguatkan rasa kagum kepada Pencipta, bagi boost nak buat ibadah.  Setidak-tidaknya, menjadi modal tambah kepada kita, dalam misi untuk mencabut jahiliyah & menanam cahaya fitrah!


 "Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada".
(Al-Hajj 22:46)

It doesn't matter who you are, what matters is what you do for the sake of Islam^^  Kembara kita masih panjang.  Jangan lupa kumpul aset banyak - banyak sebelum dipanggil berjumpa Pencipta.  Remember, you decide your own path of life.  Kadang-kadang diri ini yang keras sangat untuk berubah, terlupa bahawa ego kita ini mungkin menjadi satu-satu penghalang yang menghadang kita dari Jannah.  :)
Di Syria, Palestin & Mesir, mereka berlumba-lumba mengejar syahid.  Kita di Malaysia?Syahid atas jalanraya?

p/s : Salam Kemerdekaan ke-56.  Moga merdeka jiwa & minda dari jahiliyah.  
Mari kembali kepada fitrah kita, ISLAM :)




No comments:

A Letter to My Deceased Cat

Hi Kunyet, I hope you're doing fine over there. We just found out that you're no more with us this morning. No longer meowing e...