Malaysia International Friendship Jamboree 2010
Apa guna hidup x berteman kan?
Fitrah manusia, inginkan kawan, rakan, sahabat dan yg sewaktu dengannya dalam hidup..Jadi, pada 25-30 Jun lepas, saya dan 61 lagi rakan dari Perlis bertolak ke BM a.k.a Bukit Mertajam untuk Jambori Persahabatan Antarabangsa 2010
Yang lawaknya kontingen Perlis sampai tersangatlah awal, dalam area2 jam 8 malam sedangkan geng Johor sampai pukul 3 petang..Beza 5 jam tuu..Rasanya kami pusing Penang seround dulu baru sampai BM kot..entahlah=.="
1st day, saya, T-Rah, Amni dan Nab ~teman se-khemah dan se-group ~dibawa ke Prince of Wales Island untuk aktiviti kayak dan Heritage Trail. Pertama kali buat water confidence dan kayak, excited sungguh^^
Thanks to Farhan Asyraf for being such a nice partner.
Petang tu, Heritage Trail, macam nak luruh kaki berjalan menelusuri George Town UNESCO World Heritage Site Trail. 8 km tu, jangan main-main.
Malam tu, saya siap mengigau lagi sebab penat sangat..
2nd day, hiking!
Kami dibawa ke Hutan Lipur Bukit Mertajam di Cherok To'kun~baru tau kewujudan tempat ni, sebelum ni ingatkan rekaan semata-mata~
Hampir sejam menapak dari PULAKOPP, akhirnya tiba di sana.
Alangkah malangnya nasib pabila aktiviti hiking dipendekkan angkara cuaca yang x berapa nak bagi chance T_T
Petang tu, slot permainan tradisional.
Boleh bayangkan kalau saya kata kami main futsal guna bola takraw sebab-tak-tahu-main sepak takraw?Sukar dipercayai kan?
Tapi itulah realitinya, satu permainan tradisional yang turun-temurun berabad lamanya telah kami fusionkan menjadi FutRaw, tak pun TakSal^^"~sadisnya~
3rd day, kami mulakan dengan slot Kraftangan a.k.a Kerastangan seperti key-chain, origami dan bekas bunga telur.
Petang tu ada slot kebudayaan, maka dengan separuh rela kami belajarlah menari Tarian Joget, Tarian Jogi, Tarian India dan Cina. Bukan x minat, tapi ke-kurang-lembutan tangan ini menyebabkan saya malas sikit bab-bab menari ni @_@

Malam tu, giliran Perlis buat persembahan. Warisan lama hadrah yg menjadi pilihan. Sememangnya a night to remember buat kami semua. Meriah sangat:-)
Esoknya, Belemoih Day!
Ujian menduga pabila sesi rentas halangan untuk group kami diadakan selepas hujan..Memang confirm baju x selamat..Tapi yg penting, kami enjoy!
Aktiviti flying-fox dan abseiling, memang pergh!
Petang tu, aktiviti Pioneering. Disebabkan rehearsal untuk majlis penutup keesokan hari, saya terpaksa skip slot tu. Punyalah panas masa rehearsal pukul 2-4.30 ptg, abis burn muka cek T_T
Sesi makan-makan selepas teruk kena rehearsal..
Tokyah dan Amni, teammate paling gempak!
A Moment To Remember^^
Esoknya, semua bangun awal untuk majlis penutup yg dirasmikan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
Detik 12 berdetak, 1 demi 1 kontingen bersurai. Membawa memori terindah manis, masin, masam semua ada..Sememangnya hari-hari bahagiaku di sana..
Berkawan itu indah bukan?


Comments
memang besh..
paling besh malam kebudayaan!!!
i like
rndu saat mns d sna!!
wah !
hu3
thnx syqin 4 being my bestfren kat sna.
(^_^)
hope ukhwah kita brkekalan.
ameeen ~