Monday, September 2, 2013

Pesan Ayahanda

Assalamualaikum w.b.t.  Got this from the net, by Ustaz Tuan Haji Ibrahim Tuan Man.  Let's take as much benefit from it, biiznillah :)
Image
Wahai anakku,
Ada kalanya kamu bersedih dengan apa yang kamu hadapi di dunia ini. Kamu akan lebih suka
bersendirian, merajuk dan menjauhkan diri dari orang ramai. Ada kalanya kamu boleh menangis dengan masalah yang engkau hadapi.


Wahai anakku,

Sewaktu kamu rasa besarnya bebanan dan masalah yang kamu hadapi, terasa beratnya jiwa
menanggung bebanan tersebut; engkau akan rasa tertekan yang amat sangat, di kala itu wahai
anakku, engkau telah meletakkan kesalahan pada dirimu atau pada orang lain. Sebenarnya kamu perlukan kekuatan jiwa dan semangat bagi menghadapinya. Engkau perlukan kekuatan bagi menghadapi tekanan hidup ini.

Wahai anakku,

Apakah ada kekuatan lain selain kekuatan hubungan dengan Allah yang mampu mengeluarkan kamu dari perangkap kekecewaan yang sengaja dipasang oleh syaitan bagi menjadikan kamu murung, bersedih dan bersendirian?

Wahai anakku,

Kamu boleh menangis dan bersedih kerana manusia. 

Berapa kali kamu menangis kerana kamu melanggar perintah Tuhanmu? 

Berapa banyak air matamu tumpah kerana dosa-dosamu?

Kamu rasa lemah menghadapi karenah manusia,
tetapi kamu tidak berusaha mencari jalan membina kekuatan amalanmu.

Wahai anakku,

Jangan biarkan perasaanmu dibelai oleh nafsu, sebagaimana jangan kamu biarkannya dikuasai oleh syaitan. Syaitan sangat inginkan kamu murung dengan masalah kecil, kerana lemahnyajiwamu. Sedangkan di hadapanmu menanti hariyang sangat besar. Kamu nanti tiada masa memikirkan masalah remeh-temeh ini, kerana dahsyatnya saat akhirat yang kamu akan tempuhi.

Wahai anakku,

Rasulullah S.A.W bersabda: "Sekiranya kamu ditimpa sesuatu musibah, janganlah kamu berkata 'Kalaulah aku lakukan begitu dan begini', tetapi katakanlah 'telah ditakdirkan Allah', apa yang dikehendakiNya akan terjadi. Kerana perkataan "kalau" akan membuka ruang syaitan ke dalam hatimu."

Wahai anakku,

Tabahlah menghadapi sedikit ujian Allah di dunia ini, kerana dengan ujian itu kamu menjadi semakin matang menghadapi cabaran.  Bersabarlah dengan apa yang menimpamu,
kerana dengan mehnah itu, Allah akan mengangkat darjatmu dan mengampuni dosa- dosamu. Wahai anakku, tangisilah dosa-dosamu di dunia ini, kerana itu lebih mudah bagimu dari menangisi azab Tuhanmu di akhirat.
Senyumlah kepada keredhaan Tuhanmu.

No comments:

A Letter to My Deceased Cat

Hi Kunyet, I hope you're doing fine over there. We just found out that you're no more with us this morning. No longer meowing e...