Sunday, July 18, 2010

Kehebatan Cinta.....

Adik cuma nak tanya ibu, kenapa begini jadinya?

Bu, adik Cuma ingin bertanya… 
Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya... 
Ibu ingat 14 feb tak?
Malam tu ibu ada janji temu
Ibu jumpa jejaka tu
Ibu kata dia cintakan ibu

Benarkah bu? 


Dia puji dan puja ibu

Dia rayu dan belai ibu
Katanya cintanya hanya untuk ibu

Benarkah bu? 


Ibu terkhayal dengan bujukannya
Ibu terbuai dalam bicaranya
Ibu terlena oleh bisikannya
Benarkah bu? 



Ibu tak kisah dia peluk ibu

Ibu izin dia sentuh jasad ibu
Ibu puas dapat buktikan setia ibu
Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu
Tapi benarkah bu? 



Masa berlalu,
Hari ini lepas 9 bulan...
Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil
Hari ini buah cinta kalian telah terzahir
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...
tapi benarkah bu? 



Kenapa dia tidak sama menyambut kami?
Kemana dia telah pergi tidak azankan kami?
Mengapa ibu pun benci kami?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?

Mengapa ibu? 

Tak terasakah sakit dan perit
tak berbakikah kasih dan sayang dan
Tidak lagi kah ibu berTuhan?

Benarkah ibu?
Benarkah begitu? 


adik cuma nak tanya je bu..... 

  

 Renung-renungkanlah ....

Bila seronok, aku cari....
pasanganku
Bila sedih, aku cari....
Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....
pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada...
.Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....
pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....
Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....
pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....
Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada 
pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan
 "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat 
pasanganku
Selalu.... 
Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon 
pasanganku
Entah bila... aku nak talipon 
Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk 
pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk 
Emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk
 
Mak?Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau Mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup 
menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup 
mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup. 
mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup..... 
membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup.......
 membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup 
berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
~no offence to anyone...taken from my YMail..Cuma satu perkongsian untuk menyampaikan hikmah..saya sayang ibu saya..anda?

2 comments:

Aidy Shahiezad said...

manusia sememangnya mudah lupa... :)
penyakit manusia sejak azali...

visit my latest entry:
http://aidyshahiezad.blogspot.com/2010/07/hipokrasi-amnesia-dalam-kehidupan_18.html

Si Siput Sedut said...

salam...nice petikan awk...sungguh dasyat manusia akhir zaman kan...terutama pda ank muda melayu...eheheh...nauzubillahminzalik..moga ALLAH jauhkn pkara sbegini dri kita....

bila2 jmputlah lawat ke laman sya..>-http://faispsikik91.blogspot.com/

A Letter to My Deceased Cat

Hi Kunyet, I hope you're doing fine over there. We just found out that you're no more with us this morning. No longer meowing e...