Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2015

7 Pesanan Untuk Adik-adik UTP

Alhamdulillah, seharian bumi Perlis diturunkan hujan yang sangat lebat.  Ibarat menangisi ujian yang menimpa tanah air ini.  Bumi Malaysia sedang diuji sekarang,  dengan jerebu,  dengan tragedi di Mekah, dengan jatuhnya nilai Ringgit,  dengan pemimpinnya  dan dengan diri kita sendiri.
Saya sekarang berada di penghujungan cuti semester sebelum melangkah ke alam praktikal di Kerteh. Ini bermakna hanya tinggal sekitar 25% lagi Ijazah Kejuruteraan Kimia yang perlu disempurnakan menjelang Mei 2016 ketika pulang ke kampus. 
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (QS : Al-Asr)
Sememangnya manusia selalu bersumpah dengan masa, dan ironinya, selalu terlupa. Sedangkan hayat itu singkat dan ilmu Allah itu luas. Mungkin secara sedar ataupun tidak, kita sudah kesuntukan masa untuk menunaikan tanggungjawab dunia dan panggilan Tuhan. Ke mana masa itu pergi?
Ada beb…