Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2014

Cerita Sang Murabbi

credit to Syazwan Syahril
Aku rindu zaman ketika halaqah adalah keperluan, bukan sekadar sambilan apa lagi hiburan … Aku rindu zaman ketika mabit(Malam Bina Iman dan Takwa) adalah kewajipan bukan pilihan apa lagi beban dan paksaan … Aku rindu zaman ketika daurah menjadi kebiasaan, bukan sekadar pelangkap pengisi program yang dipaksakan … Aku rindu zaman ketika tsiqah menjadi kekuatan, bukan keraguan apa lagi kecurigaan … Aku rindu zaman ketika tarbiyah adalah pengorbanan, bukan tuntutan, hujatan dan suruhan…. Aku rindu zaman ketika nasihat menjadi kesenangan bukan su’udzon atau menjatuhkan … Aku rindu zaman ketika kita semua memberikan segalanya untuk da’wah ini … Aku Rindu zaman ketika nasyid ghuroba menjadi lagu kebangsaan… Aku rindu zaman ketika hadir liqo adalah kerinduan dan terlambat adalah kelalaian … Aku rindu zaman ketika malam gerimis pergi ke puncak mengisi daurah dengan duit yang sedikit dan peta yang tidak jelas … Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah benar-benar berjala…