Skip to main content

Second Chances

Assalamualaikum, dalam kekalutan pasca harga minyak naik 20 sen ni (ewah), mari kita luangkan masa sejenak untuk review keratan akhbar 3 hari lepas.  

Pesalah minta tambah sebatan
  • Pesalah minta tambah sebatanZainuddin dibawa keluar dari mahkamah selepas dijatuhkan hukuman penjara dan sebatan oleh Mahkamah Sesyen Melaka, semalam.
 1 / 1 
AYER KEROH - Seorang bapa tujuh anak menangis ketika merayu agar hukuman penjara yang dijatuhkan mahkamah sesyen di sini, semalam dikurangkan, sebaliknya meminta hukuman sebatan ditambah.

Tertuduh, Zainuddin Mohamed, 45, dari Semanggol, Perak, dijatuhi hukuman penjara 90 bulan dan 12 sebatan selepas dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan merompak pejabat pos menggunakan senjata tiruan.

Hukuman diputuskan Hakim Ahmad Sazali Omar terhadap tertuduh yang melakukan kesalahan itu di Pejabat Pos Cawangan Telok Mas, Taman Seri Telok Mas, kira-kira 12.40 tengah hari pada 22 Februari lalu, membabitkan kerugian RM1,774.

Dia turut melakukan kesalahan sama dengan merompak wang berjumlah RM8,259 di Pejabat Pos Cawangan Padang Temu, Taman Pertam Jaya, kira-kira 12.45 tengah hari pada 14 Ogos 2012.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Ketika rayuan, Zainudin tidak dapat mengawal perasaan sambil mengesat air mata kerana menyesali perbuatannya yang sanggup merompak semata-mata untuk memberi wang belanja kepada anak-anaknya.

Bekas perunding pembangunan syarikat itu merayu hukuman penjara disingkatkan, sebaliknya meminta hukuman sebatan lebih tinggi supaya dapat segera kembali menjalankan tanggungjawab kepada keluarga.

“Kesilapan yang dilakukan berpunca apabila saya bekerja tapi tak dapat gaji. Saya berusaha cari kerja lain namun diberi dugaan, dua hingga tiga kali ditipu. Yuran anak-anak mahal. Sampai satu tahap saya tiada apa-apa dalam poket.

“Saya sedar saya buat pilihan salah apabila hanya mahu mahu melihat anak-anak berjaya. Saya benar-benar insaf,” katanya yang mempunyai enam anak sedang belajar termasuk dua buah universiti tempatan dan sebuah sekolah berasrama penuh, selain anak bongsu berusia dua tahun lapan bulan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Norfarhana Ahmad dan Haslida Isamail memohon hukuman sewajarnya diberikan terhadap tertuduh yang turut memberi kesan trauma terhadap mangsa yang berada pejabat pos ketika kejadian.

“Saya bersimpati terhadap pilihan yang salah oleh tertuduh. Namun, atas faktor kepentingan awam dan trauma mangsa akibat senjata digunakan. Walaupun ia mainan atau tiruan tapi ia sedikit sebanyak mengancam mangsa,” kata Nurfarhana.

Selepas mengambil kira faktor fakta kes termasuk trauma mangsa serta menimbang rayuan tertuduh, Ahmad Sazali kemudian menjatuhkan hukuman penjara 36 bulan dari tarikh ditangkap pada 26 Mei lalu dan lima sebatan bagi pertuduhan pertama serta 54 bulan dari tarikh 16 Jun dan tujuh sebatan, pertuduhan kedua.

“Saya hairan, kamu ada anak-anak yang bijak tapi macam mana boleh ambil pilihan begini? Pertama kali saya jumpa (kes) ada keluarga yang baik. Kamu betul-betul hilang punca dan lakukan perkara yang salah sedangkan tuhan bagi kita akal untuk hadapi ujian-Nya. Andai ada polis (ketika kejadian), saya tak tahu bagaimana nasib kamu,” katanya.


A few points to ponder upon:
 "Do you believe in second chances?"

Meskipun kes di atas tidaklah segempar kes Altantuya meletupkan diri sendiri dengan C4, sedar atau tidak, dalam kesibukan kita pasca merdeka tahun ke-56 ini, masih ramai yang melarat.  Yes, he did some mistakes dan hakim menjalankan tugasnya dengan baik.  Tapi, cuba fikir, siapa yang akan menanggung anak pak cik tersebut seramai 7 orang dalam tempoh masa 36 bulan akan datang?

Desperation will lead to desperate acts

Pak cik di atas ditimpa musibah, ditipu pula.  Anaknya ada yang di universiti, ada yang bersekolah.  Based on what I've learnt, berdasarkan hukuman hudud apabila seseorang itu terbukti mengadakan kecurian, hukumannya potong tangan.  Betul tak?

Harus diingat bahawa perlaksanaan hukum hudud, for this case mencuri, mengambil kira nilaian barang yang dicuri.  Faktor mengapa pencuri itu mencuri juga diambil kira, let's say pencuri tu kelaparan, dia tidak akan dihukum potong tangan.  Sebaliknya dia akan dihukum dengan hukuman yang lain eg : takzir.  Syariat Islam sifatnya untuk memberi pengajaran, bukannya menghukum :)

Terakhir, cuba nilaikan betapa besarnya kasih sayang seorang ayah.  Dinafikan gaji semasa bekerja, ditipu dan akhirnya memilih untuk merompak pejabat pos. Semuanya disebabkan untuk menyara anak -anak sampai berjaya.  

Ouch!A punch at the stomach for me

Dalam senang dan selesa di sini, mungkin ibu bapa kita runsing memikirkan cara untuk membiayai kita dan adik-adik.  

Disebabkan rasa tanggungjawabnya demi menyara anak-anak, dia sanggup memohon untuk dipendekkan tempoh penjara dengan tambahan sebatan.  Ingat, sebatan di Malaysia bukan main-main, 1 sebatan pun dah cukup perit.  Sayangilah ayah anda selagi mereka masih ada.  Mama, ayah, saya sayang anda!




Anak: "Alhamdulillah, angah dapat masuk U."

Ibu: "Tahniah, ibu tumpang gembira." 
Ayah:"Berapa belanja diperlukan?" 

Itulah bezanya cinta ibu dengan ayah. 
Ibu mengungkapkan dengan kata-kata yang datang daripada hatinya. 
Ayah mengungkapkan dengan usaha yang datang daripada tanggungjawabnya. 

Kedua-duanya cinta... tetapi bahasanya berbeza!
~Ustaz Pahrol Mohd Juoi


Comments

Popular posts from this blog

Reflections from Akademi Dakwah Muslimah

Bismillah,
Alhamdulillah, I'm back after 6 months!  Completing my final year studies and finishing all the projects on time did really acquire me to make some sacrifices, my blogging time is one of it. Nevertheless, I've successfully graduated from UTP since the last two months and here I am now, back in Perlis.
Frankly saying, I think this is the longest period of my stay at home since I started my degree studies 5-years ago. Most of my semester breaks were spent doing SRC works, couple of Minggu Aluan Siswa (MAS) weeks and study related matter. For now, It's kinda payback time. 😂
Alhamdulillah, last weekend I attended Akademi Dakwah Muslimah at Tasoh Lake Resort, organized by Jabatan Mufti Perlis. The 2-day seminar covered 6 topics which I found to be very attentive and practical as a Muslimah. Being a student not from Islamic Studies background did give me the chills at first, however after a couple of hours listening intently to the speakers, I've gotten a good kicks…

Leap of Faith

Bismillah,
Today I'm not going to talk about the leap of faith in Assassins Creed, which Cal (Michael Fassbender) attempted to save himself. 

Google defines leap of faith as 'an act of believing in or attempting something whose existence or outcome cannot be proved'. In other words, to make a big decision which may have a big impact on one's life, with no guarantee whether it'll end up a success or a failure. It can be choosing between furthering your study and become an academician or enter the industrial world, getting married or changing the stream of your study. Some decisions may have a bigger impact in our lives, compared to the others.


This has been one of the longest period which I've stayed at home since the last 5 years. With the flexibility and ample of time in hand, post-graduation has really got me thinking. Somehow the transition between university life to the next phase isn't as fast and smooth-sailing as I've imagined. It's not like tod…

What Shall We Do on Fridays?

Bismillah,
So, we have reached another Jumu'ah in 2017, we are getting closer and closer towards Ramadhan, the time has been flying faster than ever. Hopefully we can make everyday meaningful by being a productive and impactful Muslim, insyaAllah.
I'd like to share the inputs that I've learned (almost a year ago, now flipping the note pages) during an Ibrah Seminar on Surah Al-Jumu'ah by Ust. Syaari Abdul Rahman. Alhamdulillah, the seminar was very insighful, I attended this program with my beloved juniors Sakinah, Syera & Chad. We took a day-trip as Bangi and UTP is only a 2.5 hrs drive.
About Surah Al-Jumu'ah
- This is the 62nd surah in the Quran, consisting of 11 verses.  - It is positioned after Surah As-Saff and before Surah Al-Munafiqun. - A Madaniyah surah (meaning that this surah was reveled after the event of Hijrah - where Rasululullah saw and the sahabahs migrated from Mecca to Madinah).
What is Ibrah?
Ibrah is the lesson learnt that we can gain and emulate …