Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

Book Marathon 2

Assalamualaikum :) It has been almost a month since I ended my school year. Ingatkan nak mati kutu tak ada idea nak buat apa, rupa - rupanya sibuk jugak.   Masuk swimming class, ambil driving licence, jaga rumah (jagalah sangat), buat freelance work sedikit sebanyak, main puzzle dengan adik - adik, baking yang kadang - kadang menjadi dan kadang & kadang tidak, marathon movie tiap - tiap malam, the days passed swiftly. Sedar tak sedar we are reaching the end of 2011 Alhamdulillah, I'm more relaxed now, tak stress dah :D

So, these are the books that I've been reading and going to read : 1) The Kite Runner by Khaled Hosseini
2) One Day by David Nicholls
3) The Snow Flower and Secret Fan by Lisa See
4)  Ombak Rindu ( very disappointing, sebab ni lah aku tak berapa minat baca novel jiwang Melayu, sorry to say tapi memang lepas ni hanya Ramlee Awang Mursyid sahaja)
5)  Fiksyen 302 (this is very good..thumbs up^^
6)  Never Let Me Go by Kazuo Ishiguro 
7)  Emma by Jane Austen
8)  Norwegian Wood…

Past and Future

Assalamualaikum!
Result PMR dah pun keluar kelmarin.
Bekas Rumahtanggaku SMK DERMA telah mencatat kejayaan seramai 74 orang, turun sedikit berbanding tahun lepas but we can use it as a kickstart for the form 3s next year..aite?
tidak dilupakan my big lil' bro (sebab kalau aku jalan sebelah dia confirm orang akan ingat aku ni adik..=.=")
Congratulations
Tapi ingat, form 4 is never a honeymoon year
Break a leg if needed:D (pesanan penaja)


Last Wednesday, I attended an interview for Universiti Teknologi Petronas
This one is for the January intake
about 2000 applicants are offered for the interview and the lucky 500 will be chosen to start their Foundation Courses by Jan 2012 !
I was placed in group B (yang ini ikut masa kehadiran..sapa datang awal cepatlah dapat interview, siapa lewat....kena tunggulah)
We were divided into groups of 4 and given a case study.  Each of us get different findings and we need to discuss the greatest recommendation according to our discussion.
and the title was …

Fiksyen 302 Review

Akhamdulillah, berjaya menghabiskan novel Fiksyen 302 dalam masa 4 hari (mentang-mentang takdak apa nak buat)


Fiksyen 302, tengok cover pun dah agak menyeramkan
Membaca novel ni seperti menonton kelicikan prisoners dalam Prison Break & konsep pengembaraan minda dalam movie Source Code
Farid Ja'ah lan Lani Jimmy Yeoh Prakash Kumar keempat - empat mereka telah melakukan pembunuhan kejam dan selepas itu menyerah diri dalam keadaan berbogel
Persamaan yang ada pada mereka hanya satu, semuanya pernah admitted ke Hospital Bahagia di Johor
Heroin kita : Noorhafiza IzuradanRita Yuzalina kedua - duanya peguam, kedua-duanya degil dan kedua - duanya datang dari dekad yang berbeza
apabila siasatan dilakukan, polis menemui jalan buntu apabila keempat-empat pembunuh mengatakan pembunuhan dilakukan atas arahan Zonan "roh jahat yang tidak berwajah"
Ironinya, Noorhafiza Izura telah ditakut-takutkan Zonan


Jadi siapa yang gila sebenarnya? Novel ini agak fast-paced, ada kalanya memeranjatkan
Pada awala…

One Journey Ends

Assalamualaikum,
MERDEKA!!!
Alhamdulillah SPM telahpun tamat..

inilah senario 5 Harmoni .. budak Bio pulun balik rumah sebab esoknya ada paper credit to Afiq Othman

Kelihatan kebanyakan lepasan SPM telahpun menyusun buku untuk dikitar semula sampai buku teks cari tak jumpa,
sign tshirt DERMA,
sedekah baju sekolah dan sebagainya..haha
Alhamdulillah
this year have been a great one
sekarang baru kita nak explore dunia
buat benda baru
sehari lepas exam pun mati kutu nak buat apa..hahaha


antara list dalam perancangan:
1. Ambik lesen kereta
2.  Belajar masak
3.  Jadi tutor
4.  Pi KL tengok baby Sumayya
5.  Jadi suri rumahtangga di rumah :D..apekah
6.  Ambil English Communication Course
7.  Gathering dengan ex-SK Seri Tunjong
8.  vacation di Langkawi
9. any idea?


ok, aku dah blurr
Assalamualaikum:)

T-shirt Batch '11 Dermarian

Assalamualaikum,
SPM telahpun sampai di pertengahan jalan,
sedar tak sedar tinggal Addmath, Physics, Chemistry & Biology yang masih menanti untuk ditewaskan.
ni pun sebab gian sangat nak blogging..haha
ok, let's make is short, kat bawah ialah design t-shirt Dermarian batch '11
we chose baby blue
design ni hasil tangan Fauzan, dengan bantuan Incik Shidi sebagai banker, aku dan Anas sebagai management; khas untuk form 5 SMKD 2011
School is almost over, I got about 4 more days in DERMA. Harap t-shirt di atas dapat menjadi something-momento-like yang boleh tayang gigih depan anak cucu bila dah tua nanti yang nanti dengan bangganya berkata "cayalah atuk!"
baik, buku fizik melambai-lambai Moga Malaysia menang malam ni Assalamualaikum:)

Wordless Wednesday - A Gift From Songkhla

A Great Wrap

Alhamdulillah, it was a great wrap.
That's all i could say.
After about 3 years, Madam Noorlia bid her farewell to DERMA.
A memorable ceremony though, i can't deny.
Happy Retirement Cikgu Noorlia
semoga persaraan ini membuka lembaran baru dalam hidup cikgu & jangan lupa doakan kami di sini:)



Al - Fatihah buat Tok Lang

Tok Lang dah pergi.
Pada Hari Raya Ketiga, tok lang menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.45 petang setelah bertarung dengan kanser & 6 sesi chemotheraphy.
She used to be a very strong woman, sangat jarang jatuh sakit.



Alhamdulillah, jenazah selamat dikebumikan keesokan harinya (Jumaat)
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah.
~i just realized that i never had a picture with her~

Dermarian's Smart Camp 2011

"We wanna get all A's in SPM so freaking bad, get all of the dreams we never had"
gitulah cheers group kami, Adrenaline. On the last last Tuesday, bro-bro & kakak-kakak ex-Dermarian dengan semangat juang yang berkobar-kobar telah kembali ke sekolah kesanyangan mereka..untuk apa?untuk... SMART CAMP 2011! this is a programme held (pro-bono of course) oleh para senior untuk introduce-kan kami dengan alam universiti di samping memotivasikan diri kami untuk berjaya dalam SPM. towkey besar - Mr. Aimie Aizad
~bakal doktor ni, kepada sesiapa yg ingin bertemunya sila berkunjung ke Hospital Kangar ye~ Batch SPM 2004 kalau tak silap, bro Aimie telah menuntut di Royal College of Surgeon, Ireland selama 7 tahun
project manager - my kak long!!!!Cik Syazana Dietetics in UIAM
Suasana ketika 1st slot - Mengenal Potensi Diri
a very good one. Apatah lagi ketika diberi makan "KFC, McD dan Pizza" & pep talk yang sangat bersemangat oleh bro Aimie.  Memang berkobar-kobar semangat kami! …

Ilmu Yang Bermanfaat

Syeikh Imam Ghazali menyebut dlm kitab Bidayatul Hidayah terdapat 6 ciri ilmu yang bermanfaat.
1) Ilmu itu menambahkantakut akan dirimu kepada ALLAH
2) Ilmu itu menambah penglihatanmu akan keaiban dirimu
3) Ilmu itu menambah makrifatmu (kekusyukan) dlm beribadah
4) Ilmu itu menambahkan kecintaanmu terhadap akhirat dan mengurangkan kecintaan kepada dunia.
5) Ilmu itu membukakan pintu hatimu untuk mengenali bermacam-macam penyakit amalmu sehingga engkau dapat menjauhinya.
6) Ilmu itu menambahkan penglihatanmu terhadap tipu helah syaitan dan penipuannya sehingga engkau arif dengan kehalusan tipu helahnya ketika dia menyesatkan ulama'


p/s:renung-renungkan dan selamat beramal! 116 hari menuju SPM!!

NILAM Kebangsaan 2011

Assalamualaikum,
apa khabar semua? dah siap beli barang untuk raya? bukan apa, dalam trip semasa NILAM Kebangsaan lepas kami dibawa ke Plaza Shah Alam.  Baju raya tengah sale sekarang.  Agak jakun jugak sebab bulan posa ada dekat setengah bulan lagi (bagi perspektif seorang budak separa dewasa ni, lama lagi tu...)Apapaun, memang terbukti orang-orang kita memang tengah excited nak raya!
letak gambar hepi-hepi dulu.. Anugerah NILAM Kebangsaan 2011 bermula pada 14 Julai bertempat di BTPN Selangor (dulu masa Yr 6 boleh duduk hotel, sekarang tidak lagi...)tapi asrama BTPN Selangor memang kelass.  1 bilik ada 2 katil, 2 meja dan 2 bilik air. I loike!
ni gambar pagi tau.  Pukul 7 sharp dah terpacak kat lobby untuk trip sekitar Shah Alam
Penilaian untuk Tokoh NILAM tahun ini basically terbahagi kepada 2 bahagian,  1.  Interview Individu  yang ni agak mencabar, saya perlu mencabut 1 sampul yang ada kata-kata pemimpin dunia & buat 1 persembahan berdurasi 5 minit untuk memahamkan para juri amende maks…

Terkedu..

Assalamualaikum,
tergerak juga jari jemari ini untuk menulis di laman yang telah berhabuk lapuk & bersawang mawang ini :)
Cuti sekolah yang sangat2 dinanti telahpun tamat, semester 2 pula membuka tirai dengan 1001 cabaran yang lebih ganass daripada sem. 1..huhu
Result pun dah dapat, Alhamdulillah grading tak menurun.
Ada yang statik & ada yang meningkat sedikit, dan ada juga markah yang.........menurunT_T
kesimpulan exam PK2 2011 ialah:
Result subject calculation meningkat, result subjek reading menurun  (aiceh, macam hipotesis cgu Zul la pulak..:P Nota Cgu Tan atas paper 2 Biology..she's very caring..miss you, Cgu Tan Buktinya, dalam sembilan subjek yang aku ambil, subjek Sejarah dan Biology di tangga terbawah.. (begini rankingnya)
1)Mathematics -95
2)English - 93
3)Additional Mathematics -92
4)Pendidikan Agama Islam -89
5) Chemistry- 83
6)Bahasa Melayu - 82
7)Physics - 82
8)Biology - 79
9)Sejarah - 76


markah diatas dipapar bukan sebab nak eksyen ye tuan puan, ramai lagi kawan saya yg dapat…

Let's Go GREEN!!

Assalamualaikum & sawadikap! Akhirnya, berjaya juga Penilaian Kurikulum 2 ditempuhi (kalau x habis lagi x ada hari laa aku nak blogging..hehe) Last Friday (aiceh, tersasul pulak)segerombolan MPP & Badan Pengawas SMK Derma telah menghadiri Lawatan Penanda Aras + Students National Go GREEN Conference di SMK Raja Perempuan Ipoh. group picture bila sampai di RPS Secara ringkasnya program ini dijalankan untuk memberi peluang kepada student's leaders dari sekolah-sekolah kluster untuk berkongsi idea tentang bagaimana caranya dasar Go GREEN dilaksanakan di sekolah masing-masing.  
mamat ni sesat mai mana tah...=.=" Walaupun pada awalnya conference ni bunyi macam skema, tapi seriously memang gempak!
Di sini kami dikehendaki membentangkan paperwork tentang perlaksanaan Go Green di SMK Derma di samping bertemu student leaders dari sekolah-sekolah lain:-)
Presentation ini dibuat hasil perah otak aku + anas + irfan + video dari aliff faiz..Memang project ini sangat ad-hoc sebab drafting …

Marilah Kita Berpesan-pesan=)

Assalamualaikum dan selamat petang!
Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang,
maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. 

Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".
Jika bertemu anak kecil,
maka ucapkanlah (dalam hatimu) :

"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..
Jika bertemu orang tua,
maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang berilmu,
maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku." Jika bertemu dengan seorang yang …

Mereka Yang Tersayang

gambar yang sampai bila-bila akan menggamit perasaan..ecewah!
Assalamualaikum.. Hari ni kami di utara balik sekolah awai (awal) pukul 10, yay!(seronoklah sangat, habih semua kerja tergendala =.=") bukan balik saja-saja, tapi sebab sekolah DERMA kesayangan ramai telah ditenggelami ayaq (air ye tuan puan)...tapi Alhamdulillah, sejak tengah hari tadi hujan dah pun berhenti, maybe lusa atau Isnin kitaorang boleh kembali mencuci ke sekolah..
gambar kat atas ialah gambar photoshoot geng pengawas untuk batch 2011.  Masa ni semua pakat lari masuk kelas dah, tinggal kami-kami ja tak dak keja..~senior year katakann~
Frankly saying, semua yang ada dalam gambaq ni aku sayang.. ada yg baru kenal,  ada yang dah lama rapat,  ada yang asyik buli aku ja keja ( khas untuk pakcik Tole~ketua hostel boy..hehe),  ada yg dibuli oleh aku (betulkah?) :P,  ada yang bila masuk Pengawas baru rapat,  ada yg pi sekolah sains lari balik sebab syg DERMA ~yg ni kena confirm lain dgn Anas..fakta atau auta=) ada yg kemungkina…

Hidupku Sebagai Budak Form 5

Assalamualaikum =)
Akhirnya setelah berhempas-pulas tak tido malam nak cover study, berakhirlah sudah 1 minggu PK1 (Penilaian Kurikulum 1)..baru aku taw macam mana rasa jadi form five..=.="
Alhamdulillah, berjaya juga aku tempuhi first 3 month dalam senior year..aiceh
baru taw macam mana perasaan bro-bro dan kakak-kakak masa masih junior + innocent + blur dulu..
Tak payah buat research lagi dah, memang terbukti taun form 5 lagi pegii compared tu Form 3 zaman kanak-kanak ribena dulu..memang sangat perggh
Kelmarin baru abis paper biology..paper yang digosipkan tiada perikemanusiaan langsungT_T..  Math & Sejarah today feels better ^^


Aku suka bio tapi tolonglaaa...soalan kelmarin terlalu ekstrim..fobia3!
~next time kena prepare lagi awal, ganbatte!
Well, next week batch kami akan berhadapan dengan 3 killer utama; 
En. Physics,  En. Addmath &  Mr. Chemistry. however Alhamdulillah, masuk form 5 ni baru dapat overview yang betul macam mana nak jawab SPM..kalau tak confem jawapan ke lautt..…

Antara Valentine's dan Maulidur Rasul

Rindu ini yang dahulu telah melalaikanku dari mengingati-Mu, Rindu ini yang dahulu menghalangku dari kemanisan beribadat kepada-Mu, Rindu ini yang dahulu membutakan mataku  dari melihat jalan-Mu, Rindu ini yang dahulu membinasakan cinta suci hamba-Mu. ~Muhamad Izwan Ishak~ Salam Maulidur Rasul, bertemu lagi kita di sini setelah dekat 2 bulan tak update blog (kantoi aku penyegan)..tapi sapa yang kisah kan, siapalah insan yang teringin nak membaca blog saya yang hina dina ini..dush! Pada tahun ini, tarikh sambutan Maulidur Rasul dan Valentine's Day hampir bersekali.. 14 Feb-Valentine dan 15 Feb- Maulid Tapi tak bermakna kita patut menyambut kedua-duanya.  Jauh sekali sambut Valentine saja sambil mengayak anak dara orang merata-rata..tak gitu??
Jadi, dalam short update yang memang sangat short ini sebab bila naik form 5 ni nak makan & tidur pun tak sempat sebab SIBUKKKKKK..Saya ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1432 Hijrah..Semoga Rasulullah dapat kita jadikan sebagai suri teladan da…