Skip to main content

Salam Ramadhan...

Kisah Rasulullah S.A.W sebagai pengajaran



1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual. 



2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. 


3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.' 


4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang 
kemerah-merahan' ) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.' Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda. 


5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?' Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.' 'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w. 'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu? ' 


6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat. 


7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, 

'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang 
amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?' 'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.' 


'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas. 

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda. 


'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?' Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.' 


8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor. 


9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu. 

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan. 

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan. 

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. 

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?' Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah 
aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya 
yang bersyukur.' 


Rasulullah s. a. w. bersabda,'SAMPAIKAN LAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT. 

Comments

Popular posts from this blog

Reflections from Akademi Dakwah Muslimah

Bismillah,
Alhamdulillah, I'm back after 6 months!  Completing my final year studies and finishing all the projects on time did really acquire me to make some sacrifices, my blogging time is one of it. Nevertheless, I've successfully graduated from UTP since the last two months and here I am now, back in Perlis.
Frankly saying, I think this is the longest period of my stay at home since I started my degree studies 5-years ago. Most of my semester breaks were spent doing SRC works, couple of Minggu Aluan Siswa (MAS) weeks and study related matter. For now, It's kinda payback time. 😂
Alhamdulillah, last weekend I attended Akademi Dakwah Muslimah at Tasoh Lake Resort, organized by Jabatan Mufti Perlis. The 2-day seminar covered 6 topics which I found to be very attentive and practical as a Muslimah. Being a student not from Islamic Studies background did give me the chills at first, however after a couple of hours listening intently to the speakers, I've gotten a good kicks…

Leap of Faith

Bismillah,
Today I'm not going to talk about the leap of faith in Assassins Creed, which Cal (Michael Fassbender) attempted to save himself. 

Google defines leap of faith as 'an act of believing in or attempting something whose existence or outcome cannot be proved'. In other words, to make a big decision which may have a big impact on one's life, with no guarantee whether it'll end up a success or a failure. It can be choosing between furthering your study and become an academician or enter the industrial world, getting married or changing the stream of your study. Some decisions may have a bigger impact in our lives, compared to the others.


This has been one of the longest period which I've stayed at home since the last 5 years. With the flexibility and ample of time in hand, post-graduation has really got me thinking. Somehow the transition between university life to the next phase isn't as fast and smooth-sailing as I've imagined. It's not like tod…

What Shall We Do on Fridays?

Bismillah,
So, we have reached another Jumu'ah in 2017, we are getting closer and closer towards Ramadhan, the time has been flying faster than ever. Hopefully we can make everyday meaningful by being a productive and impactful Muslim, insyaAllah.
I'd like to share the inputs that I've learned (almost a year ago, now flipping the note pages) during an Ibrah Seminar on Surah Al-Jumu'ah by Ust. Syaari Abdul Rahman. Alhamdulillah, the seminar was very insighful, I attended this program with my beloved juniors Sakinah, Syera & Chad. We took a day-trip as Bangi and UTP is only a 2.5 hrs drive.
About Surah Al-Jumu'ah
- This is the 62nd surah in the Quran, consisting of 11 verses.  - It is positioned after Surah As-Saff and before Surah Al-Munafiqun. - A Madaniyah surah (meaning that this surah was reveled after the event of Hijrah - where Rasululullah saw and the sahabahs migrated from Mecca to Madinah).
What is Ibrah?
Ibrah is the lesson learnt that we can gain and emulate …